Monday 26 December 2016

NAK BAKAR LEMAK? NAK KURUS? NAK KEMPISKAN PERUT?

KENAPA SAYA BERANI KATA YANG MINYAK IKAN SHAKLEE BOLEH BAKAR LEMAK, KURUSKAN BADAN DAN KEMPISKAN PERUT BUNCIT??

OMEGA GUARD SHAKLEE adalah minyak ikan terbaik di dunia yang kaya dengan DHA , EPA & OMEGA 3....ia sangat pekat sehingga mampu untuk membakar lemak dalam badan kita berbanding minyak ikan jenama lain.




Bayangkan Omega Guard Shaklee mampu untuk melarutkan Polisterin ( seperti dalam gambar) apatah lagi lemak dalam badan kita hanya dalam 10 minit.






Suplemen ini juga yang saya amalkan ketika berpantang untuk kempiskan perut yang menggelebeh selepas bersalin....ibu-ibu kat luar sana mesti tak nak tengok kan perut buncit dan gelebeh selepas bersalin....saya dah cuba dan ternyata berkesan.

Kalau korang nak tahu sama ada minyak ikan yang korang makan tu berkesan untuk larutkan lemak atau tidak korang boleh test sendiri kat rumah macam dalam gambar di atas.

Omega Guard Shaklee juga yang membantu sahabat saya yang sorang ni untuk turunkan berat badan beliau, Puan Fadzrin Zainal. Makin kurus dan comey lotey beliau sekarang hasil penangan Omega Guard dan Lecithin Shaklee.



Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei

Friday 23 December 2016

SET BERPANTANG NO.1 TERBAIK

Set Berpantang Shaklee:
.
VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.
.
B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
.
VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.
.
ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.
.
OSTEMATRIX
Ostematrix adalah sumber kalsium dan turut mengandungi magnesium & vitamin D. Pengambilan kalsium secukupnya juga dapat mengelakkan badan daripada menggunakan kalsium sedia ada serta mengelakkan osteoporosis. Faedah lain kalsium seperti yang dikatakan oleh Dr Zubaidi iaitu mengelakkan darah beku akibat kurang pergerakan Ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim. Ia juga mengurangkan Sengal badan dan sakit belakang serta melawaskan proses pembuangan.
.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Semasa berpantang, Ibu lazim akan mengalami 'hunger pangs' walaupun hanya sedikit terlewat mengambil makanan. ESP boleh membantu dalam memberikan rasa kenyang lebih lama.  Umum juga mengetahui protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel baru dan boleh membantu membina sel-sel baru terutama Ibu yang baru bersalin.

ALFALFA
Membanyakkan susu ibu, bertindak seperti perapat dan juga membuang angin dalam badan.


Hubungi Pn.Faezah
013.311.7607
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


Wednesday 14 December 2016

KELEBIHAN DAN KHASIAT LOBAK MERAH A.K.A CARROT

APA SAYUR KEGEMARAN KORANG??


Aku memang penggemar sayur-sayuran pendek kata semua jenis sayur aku bedal...sebab tu kawan-kawan suke perli aku kambing (sengal diorang ni) sebab setiap kali keluar makan je mesti pinggan nasi aku penuh dengan ulam dan sayur.Tetapi dalam banyak-banyak sayur dalam dunia ni....ada satu sayur yang memang menjadi pojaan hati aku sepanjang masa serius tak tipu ni kisah benar. Aku masaklah ape jenis masakan sayuran dan lauk sekalipun aku mesti akan campakkan sayur ni dalam masakan aku..kalau tak percaya boleh tanya hasben aku sendiri @faisal fauzi.....aku dah macam addicted dengan sayur ni..aku pun tak tahu kenapa maybe kerana warnanya yang menarik hatiku dan juga rasanya yang rangup apabila digigit..maybe...hurmm…

Sayur yang aku maksudkan itu adalah Lobak Merah a.k.a Carrot. Disebabkan aku ni kaki 'Carrot' lah maka dengan itu power mata aku makin kurang sebabnya lobak merah ni kaya dengan Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata dan penglihatan kita. Kalau dulu power aku 100 sekarang dah berkurang jadi 50 gara-gara aku gemar makan lobak merah setiap hari...Kadang-kadang tu aku kunyah je baby carrot tu mentah-mentah buat snek..terasa lazat di mulut aku....kalau orang lain aku tak tahu lah kan..sebab aku memang gila carrot.




Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Lobak merah berupaya mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain daripada itu, jom kita tengok apa lagi kelebihan lobak merah ni untuk sistem badan kita :


1.   Anti-kanser
Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon. Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!

2.   Baik untuk mata
Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam. Oleh itu, lobak merah adalah makanan yang terbaik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak. . Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

3.   Mencegah penyakit jantung
Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

4.   Mengurangkan risiko stroke
Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu.

5.   Menjaga kulit
Lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

6.   Anti penuaan
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

7.   Mengekalkan gigi cantik
Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga dapat  membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

8.   Bagus untuk perokok tegar
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.Atau bagi remaja yang malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.

9.   Untuk pelangsingan badan
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam  sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.





Jadi berbaloi tak makan lobak merah??

Kalau korang ada masalah rabun tapi tak minat makan lobak merah setiap hari korang boleh cuba supplement ‘CAROTOMAX’ dari Shaklee yang sangat bagus untuk :

* Rabun
* Katarak
* Glaucoma
* Eye bag
* Antiokda @ anti kanser
* Cantikkan Kulit @ atasi masalah jerawat
* Mata Lesu akibat kerap menggunakan computer

Kebetulan pulak bulan ni memang ada promo ‘CAROTOMAX’



Pn.Faezah
013.311.7607
Shaklee Independent Distributor

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect

Friday 9 December 2016

SMARTPHONE IDAMANKU

Dalam zaman serba –serbi canggih nih boleh dikatakan setiap orang memiliki smartphone. Smartphone nih dah jadi keperluan sangat-sangat...tak sah kalau takda smartphone dalam tangan.

Kalau zaman dulu-dulu orang pakai hp 3310 je yg balik jatuh susah nak pecah tu…hp lama tu memang best tapi sayangnya takda internet je…itulah hp pertama yang aku pakai jenama nokia 7230 tak silap aku warna pink lagi sebab aku memang minat sangat dengan warna pink…itupun beli dengan hasil titik peluh masa mula-mula kerja part time sebagai promoter kat shopping mall. Zaman aku dulu bukan boleh senang-senang minta duit kat mak ayah untuk beli sesuatu. Jadi, kenalah berusaha untuk cari duit sendiri. Masa tu aku baru habis SPM. Hp tu jugaklah yang aku pakai sampai lunyai bila masuk UiTM Shah Alam.


Bila dah mula melangkah ke alam dunia pekerjaan sebenar dalam tahun 2012 kalau tak silap aku, zaman tu dah famous dengan Apps Whatsapp…punye nk ikut trend maka bertukarlah hp Nokia yang dah nak lunyai tu ke Samsung Galaxy Ace. Inilah smartphone yang pertama kali dalam hidup aku….gaji baru keje masa tu hp ni je lah yang mampu beli dengan gaji permulaan sebagai seorang QS cewah…..nak beli yang lagi advance tak mampu masa tu...hanya mampu tengok je lah…



Then bila dah start tukar 3rd job kat Petra baru bole beli hp yang size lebih besar sikit daripada Samsung Galaxy Ace iaitu Sony Xperia M2…fuh sayang gila hp ni sebab apa tau..sebab bila hp ni jatuh dalam air masih bole berdering…memang terbukti berkesan waterproof smartphone aku ni…..cumanya bila dah masuk 3 tahun guna hp ni dah start buat perangai asyik ‘hang’ je memanjang..ni yang buat aku bosan ni..sebab ape?? Sebab tahun ke-3 guna hp ni aku dah start berjinak-jinak jual produk Shaklee...kenapa smartphone penting bila berniaga Shaklee…Sebabnya mudah je Shaklee ni orang berniaga secara online. Jadi perlukan Smartphone untuk buat promotion kat FB, IG dan Blog setiap masa. Kalau hp asyik ‘hang’ cam mana nak berniaga kan…



Maka dengan itu cewah skema pulak ayat aku, bertukar lagi lah ke hp baru yang terkini iaitu Hp Samsung Galaxy S7 Edge.

1.Aku pilih S7 Edge sebab yang pertama ialah sejenis Android.

2.Yang kedua sebab aku tak suka iphone..iphone tak friendly user susah nak share charger in case tertinggal charger kat rumah jika nak dibandingkan dengan Android.

3.Sebab yang ketiga ialah memori S7 Edge ni besar 32GB…jadi orang yang berniaga online cam aku ni memang perlukan data dan memori yang besar untuk tujuan penyimpanan gambar promosi yang banyak.

4.Sebab yang keempat ialah dalam hp S7 Edge ni ada Microsoft macam word, excel, power point dan lain-lain. Jadi, senang la aku nak berblogging dan tak perlu bukak laptop lagi dah.

5.Sebab yang kelima S7 Edge ni sangat ringan dan nipis mudah nak masuk dalam poket hehehe…design pun lawa aiceceh…sangat fleksibel untuk dibawa kemana-mana.

6.Sebab yang keenam ialah S7 Edge pun waterproof jugak tak mudah rosak kalau terkena air walau terendam sedalam 3 meter dalam air selama 30 minit.



Upline saya ada cakap bila dah ada Smartphone canggih mahal-mahal nih, hah masa ni lah nk up kan lagi sale Shaklee dan gunakan semaksimum mungkin kelebihan yang ada….InshaAllah doakan saya dimurahkan rezeki dalam berbisnes online nih…Al-maklumlah dalam keadaan ekonomi sedang meleset ni kita tak boleh harap pada satu pekerjaan sahaja…standard of living makin tinggi...nak lagi tinggal di bandar yang pesat membangun macam Damansara ni semua benda mahal gila…cekik darah rasa….

Sebenarnya terus terang aku katakan aku memang tak pandai berniaga secara online tetapi dengan adanya team Shaklee yang mantap, dioranglah yang banyak ajar aku cam mana nak up kan sale setiap bulan hanya melalui smartphone sahaja...bukan susah pun sebenarnya nak berniaga online hanya menggunakan hp je…antara mereka yang banyak membantu dan mengajar aku ialah Khairani Bahaudin, Emalin Mohd, Irda Bay, Fadzrin Zainal, Ummu Bilal , Al Dinnul Firdausi Cikgu Joe Labu dan ramai lagi lah… semuanya tak kedekut ilmu memang best berkawan dengan team yang positif macam diorang…many thanks to all of you…appreciate it a lot…semoga kita dimurahkan rezeki demi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Pn.Faezah
013.311.7607
Shaklee Independent Distributor


#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect



Monday 28 November 2016

CARA ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Anda pernah mengalami rambut gugur selepas bersalin???


Jangan panik....

Ia adalah normal bagi wanita selepas bersalin...


Keguguran rambut selepas bersalin mengambil masa selama 6-12 bulan untuk kembali pada keadaan normal.



Punca rambut gugur selepas bersalin

1. Pertambahan hormon estrogen ketika hamil

Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat. Maka, hanya sedikit sahaja rambut gugur setiap hari Oleh itu, semasa hamil rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.

2. Penurunan hormon estrogen selepas bersalin

Selepas bersalin tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Maka, rambut anda akan lebih banyak keguguran. Jadi, adalah normal bagi wanita yang baru 3-4 bulan bersalin mengalami rambut gugur yang terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini. Saya sendiri turut mengalami keguguran rambut selepas bersalin anak pertama. Memang agak terkejut lah sebab masa hamil rambut tak pernah gugur langsung. 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan keguguran rambut ini...bayangkan lah saya sendiri tak sanggup tengok persekitaran rumah dipenuhi dengan rambut sendiri....kalau korang pulak macam mana..korang sanggup ke?

5 cara untuk kurangkan masalah keguguran rambut anda

  1. Memotong rambut agar menjadi lebih pendek
  2. Gunakan Shampoo yang diperkaya dengan Vitamin B atau krim rambut yang berasaskan minyak kelapa atau santan.
  3. Gunakan sikat yang lebih lembut 
  4. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana rambut basah strukturnya lebih rapuh dan mudah gugur.
  5. Ambil makanan yang berkhasiat yang kaya dengan Vitamin B, protein dan zat besi. Sebaik-baiknya dengan mengambil multivitamin lengkap untuk wanita selepas bersalin
  6. Mengamalkan suplemen seperti Vitalea, ESP dan Set Prosante
  • Vitalea - set multivitamin yang cukup lengkap terutamanya zink dan sangat berkhasiat buat ibu yang baru melahirkan anak. Kekurangan zink menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan mudah rapuh.
  • ESP (Energized Soy Protein) - mengandungi sumber protein terbaik yang dapat membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur & uban)
  • Set Prosante - menangani punca masalah rambut gugur dengan rumusan SERUM yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.


Sama juga wanita di dalam video ini, bertudung bukan alasan untuk tidak menjaga kesihatan rambut. Malah, sebenarnya juga tertekan sekiranya buka sahaja tudung akan kelihatan rambut bersepah keguguran di persekitaran rumah terutamanya ketika berada di dalam rumah.

Tambah memalukan lagi diri sendiri apabila rambut isteri semakin menipis berbanding rambut suami. Walau suami tidak berkata apa-apa, namun jauh di sudut hati seorang isteri memang ingin mengelak daripada berterusan rambut menipis.

Jadi jangan berlengah lagi...

Dapatkan set rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut anda sekarang..

Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei









Thursday 24 November 2016

JANGAN AMBIL MUDAH FASA BERPANTANG

Berpantang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan ibu secara keseluruhannya. Rawatan perubatan pula lebih menitikberatkan kepada sebelum bersalin dan kehamilan dan kurang menitikberatkan rawatan selepas bersalin. Justeru, para ibu perlu tahu untuk berpantang bagi membaik pulih kesihatan emosi, dalaman dan luaran tubuh.

Setiap wanita mengalami perubahan yang ketara dalam diri selepas bersalin. Paras hormon dan rupa bentuk fizikal sedang dalam fasa untuk kembali kepada asal selepas 40 minggu kehamilan.  Menurut Jurnal Perubatan dan kejururawatan 2009, kes kemurungan selepas bersalin di Malaysia yang sangat rendah iaitu sekitar 3% berbanding dengan Pakistan yang mencatat peratusan tertinggi di dunia iaitu 64%. Angka ini jelas menunjukkan tata cara dan amalan berpantang masyarakat Melayu dan sokongan daripada keluarga memeberikan impak positif bukan sahaja kepada fizikal ibu tetapi juga dari segi emosi dan spiritual.


8 ASAS TATA CARA BERPANTANG

Berpantang amat penting untuk memulihkan keadaan diri daripada fasa kehamilan, kelahiran dan kembali kapada asal sebelum mengandung daripada segi metal dan fizikal. Lapan informasi asas mengenai berpantang yang boleh dijadikan panduan.

  1. Terhad kepada menu tertentu. Jumlah air tidak dihadkan. Kedua-dua faktor ini penting agar penghasilan susu tidak terganggu serta menggalakkan penghasilan sel-sel baru agar bahagian badan yang tercedera dapat disembuhkan dengan segera.
  2. Bertungku menggunakan tungku herba/ batu sungai yang dipanaskan dan dituam kepada bahagian tertentu seperi bahagian peranakan untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor, bahagian tubuh seperti dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat untuk menggalakkan aliran darah dan susu ibu serta memecahkan angin. Tungku di bahagian paha, betis, punggung, pinggang dan pergelangan kaki pula bertujuan untuk melegakan kesakitan otot dan meningkatkan aliran darah. Bertungku secara spiritualnya akan menenangkan dan memberikan kerehatan kepada minda ibu.
  3. Berurut selepas bersalin akan membantu meningkatkan peredaran darah, mengeluarkan darah kotor serta angina yang terperangkap dalam badan. Ia secara tidak langsung akan memberikan kelegaan kepada tubuh yang telah melalui saat bersalin yang penuh ketegangan. Ia juga bertindak sebagai penenang dan menjadikan ibu relaks. Urutan sengkak yang dilakukan pada hari ke-40 bertujuan untuk menaikkan kembali rahim pada kedudukan asal.
  4.  Pemakaian bengkung juga menjadi agenda penting kerana ia berperanan  menguatkan semula otot pada bahagian abdomen dan perut selain menyokong bahagian belakang badan pada kemudian hari.
  5. Pilis akan dipakai pada dahi untuk melegakan sakit di bahagian kepala terutama sekali ubun-ubun dan rasa pening.
  6.  Tapel pula ditampal pada perut sebelum memakai bengkung. Ia bertujuan untuk mengecutkan otot perut yang kendur, mengurangkan rasa sakit pada perut, membantu mengeluarkan angin dan darah kotor, mengempiskan perut dan memperbaiki kulit perut.
  7. Mandi air herba memberikan kesegaran pada tubuh, membantu membuang angin dan bau badan.
  8.  Basuhan air herba pada bahagian intim membantu meredakan kesakitan akibat pembengkakan dan luka sepanjang proses kelahiran berlangsung.
Kesimpulannya, berpantang dengan betul penting supaya tubuh dapat dipulihkan. Jika amalan berpantang tidak diikuti, kesannya tidak akan terus dirasai sekarang tetapi akan mula menunjukkan kesan apabila usia kian meningkat. Berpantang menggalakkan pembaikan dalaman tubuh dengan tata caranya. Jangan lupa memberikan khasiat kepada tubuh dengan makanan yang cukup nutrien dalam tempoh berpantang. Pilih set bersalin yang tepat dan menggunakan ramuan 100% semulajadi agar sistem tubuh boleh membuang toksin dan mengembalikan kesegaran kepada tubuh.

SET BERSALIN SHAKLEE NO.1 100% SEMULAJADI UNTUK IBU BERPANTANG



Keberkesanan SET BERSALIN/SET PANTANG SHAKLEE memang diakui sangat baik dan berkesan di dalam perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.

Malah, terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang turut menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secrara normal ataupun secara pembedahan.

Petikan dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat “ Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti Obimin atau jenama lain yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic acid untuk keperluan semua sel-sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai Omega # dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.
Setelah bersalin teruskan makan supplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita”.

Set bersalin Shaklee boleh dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut keperluan dan bajet masing-masing :

  1. Set Asas (Rawatan Dalaman)
  2. Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan)
  3. Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Pelangsing Badan)



SET ASAS
Set asas Shaklee ini penting bagi rawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu  selepas bersalin. Set asas ini terdiri daripada 3 vitamin Shaklee yang amat diakui dan mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di Malaysia.




SET EXTRA
Merupakan set asas dan ditambah dengan set penyusuan bagi membantu dan menyokong keperluan nutrisi ibu yang menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set ini mengandungi 5 jenis vitamin yang amat diakui dan mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di Malaysia.



SET PREMIUM

Merupakan set extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan ibu, di samping memenuhi keperluan perwatan dalaman yang optimum. Set ini mengandungi 7 jenis vitamin yang amat diakui dan mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di Malaysia.


KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE

1. Amat sesuai untuk ibu yang berpantang secara normal atau Caesarean. Ia akan mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran, mengembalikan kecergasan tubuh, serta melancarkan roses penyusuan.

2. Sebagai replacement kepada jamu. Jamu bersifat panas, kebanyakkan ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan mengambil jamu.

3. Boleh diambil terus walaupun bayi mengalami jaundis kerana set berpantang Shaklee ini ialah vitamin.

4. Membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Susu ibu akan lebih banyak dan berkhasiat.

5. Boleh dimakan terus serta-merta selepas bersalin.

6. Badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur atau letih selepas bersalin.

Video di bawah pula menceritakan pengalaman ngeri Pn. Khadeejah Hasmad semasa berpantang anak pertama sehingga beliau serik untuk mengandung lagi. Bukan pengalaman semasa mengandung yang menyebabkan beliau trauma tetapi pengalaman semasa berpantang.

Berbeza dengan pengalaman kedua, antara manfaat lain yang amat beliau gemari ialah Set Berpantang Shaklee ini membantu mempercepatkan darah nifas untuk kering, dapat tenaga instant, angin dalam badan keluar dengan mudah serta pembuangan najis yang lebih lawas.

Best bukan?



Untuk tempahan / konsultasi secara percuma:

SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei

Tuesday 22 November 2016

CARA ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku kepada wanita hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil sering mengadu mengalami masalah sembelit terutamanya yang berada di akhir kehamilan. Begitu juga dengan saya sendiri yang turut mengalami masalah sembelit di trimester akhir kehamilan.

Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit??

Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka.

Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hri dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya.

Orang yang benar-benar sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najisnya kerana terlalu keras. mereka menggambarkan najis mereka keras seperti batu, sehingga menyebabkan kessakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku mungkin menyebabkan pendarahan atau buasir.



Agaknya apa yang menyebabkan sembelit ketika hamil?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sembelit. Faktor-faktor ini bergantung kepada individu masing-masing. Antaranya rasa kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan kurang serat (fiber).

Selain itu, dalam tubuh wanita hamil juga mengandungi hormon 'progesterone' yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yang makin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga yang halang pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.

Wanita hamil yang mengalami dehidrasi selalunya lebih mudah mengalami sembelit. Oleh itu, mereka harus minum air secukupnya.

Pil suplemen zat besi (iron) juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh itu ia harus dimakan dengan berhati-hati dan jika sembelit berlangsung pada waktu yang lama, berbincanglah dengan doktor atau jururawat agar pil suplemen itu boleh diganti dengan ubat yang lebih baik.

Tips mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil :
  1. Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuman jus prune dan yogurt membantu melancarkan sistem pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minum air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
  3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senama (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.
  4. Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatan, berbincanglah dengan doktor dan jururawat.
Ubat-ubatan bagi melembutkan najis adalah cara terakhir untuk merawat sembelit.

Penggunaan enema tidak digalakkan bagi wanita hamil terutama apabila mendekati waktu melahirkan.

Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti sakit perut yang keterlaluan, sembelit yang diselang-seli  dengan cirit-birit atau sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah, maka haruslah bertjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Bagi wanita hamil yang mengalami masalah buasir, sembelit akan menyebabkan buasir mereka bertambah teruk. Apabila mereka meneran, saluran vena sekeliling lubang dubur akan membengkak dan menyebabkan pendarahan. 

Buasir atau (hemorrhoids) boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ia jarang berlaku tetapi harus dirawat segera kerana buasir akan menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkn anak. Buasir biasanya akan hilang selepas meklahirkan anak. Namun ia boleh berulang jika tidak dijaga.

 16 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL / MENYUSU


– Bayi anda mudah lawas /Tidak Sembelit
– Anda juga mudah lawas /Tidak Sembelit
– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah 
– Tiada masalah sakit tulang belakang 
– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan) 
– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen) 
– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak 
– Tiada lagi masalah kaki kejang 
– Bantu perbanyakkan susu ibu 
– Seimbangkan paras kalsium semasa haid 
– Mencegah osteoporosis 
– Mengurangkan PMS 
– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa 
– Mengawal tekanan darah 
– Menguatkan daya ingatan 
– Meningkatkan kesihatan tubuh 


TESTIMONI PENGUNAAN (PIL KALSIUM) OSTEMATRIX KETIKA HAMIL 





Untuk tempahan / konsultasi:

SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

COD sekita Damansara/KL
Postage seluruh Malaysia/Brunei







Tuesday 8 November 2016

MAKAN SUPLEMEN BEBANKAN BUAH PINGGANG??

Actually yang tentang supplemen boleh mengganggu buah pinggang tu, kita kena jawab dgn ujikaji peleburan vitalea/ostematrix yg cepat dalam segelas air.

Memang betul, pengambilan supplemen yang banyak boleh mengganggu buah pinggang. Sebab tu kena pilih Shaklee; bukan brand lain. Kenapa?

1. Vitamin lain ada yang mengandungi bahan sintetik. Bahan sintetik ni akan 'tertinggal' sebab tak mampu diuraikan oleh badan & usus.

2. Vitamin brand lain kebanyakannya tak terurai sepenuhnya dalam badan dalam tempoh masa yang sepatutnya.

Setiap vitamin sepatutnya terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. Ini tempoh masa 'perjalanan' yg diperlukan utk satu2 makanan yg diambil dr mulut untuk sampai ke usus & seterusnya ke buah pinggang. Apabila satu2 vitamin itu tak boleh terurai sepenuhnya dalam tempoh masa ni, itulah jadinya yg 'membebankan usus & buah pinggang'.

So, macam mana nak buktikan vitamin2 Shaklee ni terurai sepenuhnya dalam masa yg sepatutnya? Ada 2 jenis ujikaji boleh dibuat.

1. Ujian ke atas Vitalea.
Kenapa Vitalea? Sebab kebanyakan jenama multivitamin di dunia mengandungi pelbagai mineral. Sesetengah mineral tak boleh terurai dgn mudah berbanding yg lain. Dan kebanyakan jenama lain mengandungi bahan sintetik yg takkan terurai. Contohnya pewarna. So, macam mana nak buktikan? Ambil sebiji vitalea, masukkan ke dalam segelas air. Hasilnya nanti, vitalea akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-3 minit (tak perlu godek/kacau pun). Warna air pun takkan berubah. Di mana, kalau multivitamin yg ada pewarna, air tu sah2 akan berubah warna. Contoh multivitamin yg ada pewarna & bahan sintetik yg palin meluas penggunaannya: OBIMIN.

2. Kajian ke atas Ostematrix.
Kenapa?
Kajian Dr. Ralph F Shangrawa menyatakan bahawa kalsium adalah bahan mineral yg paling keras di dunia. 80% drpd jenama supplemen kalsium di dunia GAGAL utk menghasilkan supplemen kalsium yg boleh terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. But NOT OSTEMATRIX. So, ambil 1bj Ostematrix, letak dalam segelas air. Tanpa digodek/dikacau, Oste akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-4 minit!

70% badan manusia adalah air. So, ujikaji ni menunjukkan/membuktikan bahawa vitamin Shaklee akan terurai sepenuhnya dalam badan kita TANPA membebankan usus & buah pinggang. 😊

Jom kita tengok contoh video di bawah yang menunjukkan bagaimana Vitalea Shaklee terurai sepenuhnya di dalam air tanpa ada kesan yang tertinggal.





Salam sayang,
Pn.Faezah Zulkifli
Shaklee Independent Distributor
SID 1235368



Monday 7 November 2016

Tips Menghilangkan Parut Jerawat Yang Berlubang dan Jeragat

Menghilangkan Parut Jerawat Yang Berlubang dan Jeragat

Suami lazimnya apabila ditanya tentang muka isteri, jawapan tipikal yang diterima okay je. Tetapi apabila suami sudah mula concern dengan kulit wajah isteri sehingga menasihatkan untuk memakai produk kecantikan, ia petanda tindakan perlu diambil cepat untuk mengelakkan keadaan kulit bertambah teruk. 




Ini yang berlaku pada Pn Nor Zaritaa bt Mat Saleh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung. 
..
Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.
..
Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya... 
..
Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah. 





..
Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.
..
Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaķalanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah. 

SEKIAN TERIMA KASIH
Perasan tak muka beliau macam muka seorang Artis? 



LAGI TESTIMONI...