Tuesday 22 November 2016

CARA ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku kepada wanita hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil sering mengadu mengalami masalah sembelit terutamanya yang berada di akhir kehamilan. Begitu juga dengan saya sendiri yang turut mengalami masalah sembelit di trimester akhir kehamilan.

Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit??

Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka.

Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hri dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya.

Orang yang benar-benar sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najisnya kerana terlalu keras. mereka menggambarkan najis mereka keras seperti batu, sehingga menyebabkan kessakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku mungkin menyebabkan pendarahan atau buasir.



Agaknya apa yang menyebabkan sembelit ketika hamil?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sembelit. Faktor-faktor ini bergantung kepada individu masing-masing. Antaranya rasa kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan kurang serat (fiber).

Selain itu, dalam tubuh wanita hamil juga mengandungi hormon 'progesterone' yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yang makin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga yang halang pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.

Wanita hamil yang mengalami dehidrasi selalunya lebih mudah mengalami sembelit. Oleh itu, mereka harus minum air secukupnya.

Pil suplemen zat besi (iron) juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh itu ia harus dimakan dengan berhati-hati dan jika sembelit berlangsung pada waktu yang lama, berbincanglah dengan doktor atau jururawat agar pil suplemen itu boleh diganti dengan ubat yang lebih baik.

Tips mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil :
  1. Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuman jus prune dan yogurt membantu melancarkan sistem pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minum air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
  3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senama (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.
  4. Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatan, berbincanglah dengan doktor dan jururawat.
Ubat-ubatan bagi melembutkan najis adalah cara terakhir untuk merawat sembelit.

Penggunaan enema tidak digalakkan bagi wanita hamil terutama apabila mendekati waktu melahirkan.

Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti sakit perut yang keterlaluan, sembelit yang diselang-seli  dengan cirit-birit atau sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah, maka haruslah bertjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Bagi wanita hamil yang mengalami masalah buasir, sembelit akan menyebabkan buasir mereka bertambah teruk. Apabila mereka meneran, saluran vena sekeliling lubang dubur akan membengkak dan menyebabkan pendarahan. 

Buasir atau (hemorrhoids) boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ia jarang berlaku tetapi harus dirawat segera kerana buasir akan menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkn anak. Buasir biasanya akan hilang selepas meklahirkan anak. Namun ia boleh berulang jika tidak dijaga.

 16 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL / MENYUSU


– Bayi anda mudah lawas /Tidak Sembelit
– Anda juga mudah lawas /Tidak Sembelit
– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah 
– Tiada masalah sakit tulang belakang 
– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan) 
– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen) 
– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak 
– Tiada lagi masalah kaki kejang 
– Bantu perbanyakkan susu ibu 
– Seimbangkan paras kalsium semasa haid 
– Mencegah osteoporosis 
– Mengurangkan PMS 
– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa 
– Mengawal tekanan darah 
– Menguatkan daya ingatan 
– Meningkatkan kesihatan tubuh 


TESTIMONI PENGUNAAN (PIL KALSIUM) OSTEMATRIX KETIKA HAMIL 





Untuk tempahan / konsultasi:

SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

COD sekita Damansara/KL
Postage seluruh Malaysia/Brunei







No comments:

Post a Comment