Thursday 22 September 2016

Tips Amalan Semasa Hamil Elak Jaundis


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.

Hari ni saya ada topik baru yang saya nak kongsikan dengan anda semua kat luar sana especially untuk ibu-ibu yang tengah preggy sekarang ni. Ok tips yang akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang melalui proses kehamilan.

Biasanya bila dah mengandung ni mesti kita terfikir akan bagaimana untuk menjaga kesihatan kandungan kita bukan. Macam saya dulu saya selalu terfikir untuk berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan saya.Contohnya, bila saya dapat tahu yang saya hamil saya terus set dalam minda yang saya nak lahirkan anak saya dalam keadaan yang sihat dan bebas jaundis. Bukan setakat jaundis je..kalau bole tak nak la baby lahir dalam keadaan tidak sihat tak kira la sakit ape pun.

Biasanya kita dengar zaman sekarang ni bayi yang lahir mesti tak dapat lari dari terkena penyakit demam kuning atau nama lainnya jaundis. Orang cakap jaundis ni senang jadi kalau si ibu tak jaga pemakanan semasa hamil. Ada jugak yang cakap kalau si ibu berdarah jenis ‘O’ pun senang kena jaundis. Tapi saya darah ‘O’ jugak, Alhamdulillah anak saya bebas jaundis .

Jadi untuk mengelakkan anak saya daripada terkena jaundis saya pun mula buat research untuk elakkan jaundis. Apa yang saya buat adalah saya sangat-sangat menjaga pemakanan seharian saya. Kalau bole elakkan makan di luar sebab mostly makanan di luar ada MSG…tak bagus tu untuk ibu mengandung..kalau bole rajin-rajin kan la diri memasak bawak bekal especially untuk ibu-ibu yang bekerja. Kalau tak larat masak minta tolong hubby masakkan.

Saya dulu masa mengandung rajin masak capati (buat sendiri ok) bawak bekal pergi kerja...punya nak elak makan nasi sebab takut baby besar sangat ..resepi capati  belajar dengan ibu mertuaku sayang..tak sia-sia belajar dengan ibu sebab ibu ni pandai masak, bagi la resepi apa pun mesti sedap punya.

Sebenarnya bukan susah pun nak jaga pemakanan kita, cuma kena ada ketekunan dan disiplin diri yang tinggi. Kalau tak ada disiplin diri untuk semua tu memang ke laut la jawabnya kan. Sepanjang tempoh kehamilan sampailah dah habis pantang, saya memang elakkan minuman berkarbonat, kafein, teh, minuman berais & minuman sejuk. Thanks to Mr. husband jugak banyak support membantu menjaga corak pemakanan saya. Husband yang banyak nasihat jangan minum ais katanya tak bagus untuk badan….bebel-bebel jugak la dia nasihat takut kembang urat la, gemuk la, senang masuk angin la…nanti sakit sape yang susah..hehe..saya dengar je dia bebel..  “Baiklah abang, sayang mengikut perintah” itu je yang saya jawab untuk tenangkan dia.

Selain daripada tu ape yang saya buat untuk jaga pemakanan saya adalah dengan mengamalkan amalan pemakanan sunnah. Betul la ape yang Rasullulah S.A.W ajarkan pada umatnya setiap satunya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri yang ramai orang tak sedar. Salah satunya adalah pemakanan. Tapi tak semua orang mampu ikut corak pemakanan Rasullulah S.A.W. sebab ramai yang tak bole nak telan dan tak biasa. Contohnya susu kambing ni ramai yang tak bole nak minum sebab kononnya bau hamis kambing dan tak tahan dengan baunya. Saya pun tak biasa tapi paksa diri jugak lama-kelamaan ok je…nak dengan tak nak je...kalau ikutkan kehendak hati dan perasaan ni memang tak selera jugak.

Senarai di bawah adalah corak pemakanan seharian saya sepanjang tempoh hamilkan anak sulung saya :
Pati delima (diminum 1 sudu setiap pagi dan malam)


Madu asli 2-3 sudu  (minum setiap pagi)


Minyak zaitun 1 sudu (tengah hari/ malam) ..bole juga disapu pada perut untuk mengelakkan stretch mark ..saya dah try dan berkesan..perut langsung tak ada stretch mark


Kurma 7 biji (setiap pagi)

  Badam 7 biji (setiap pagi)


 Kismis hitam 21 biji (setiap pagi )

Buah Tin 3 biji (3 kali sehari)


 Susu kambing hi-goat/ suffy goat  (2 kali sehari) – bawah 7 bulan kandungan


 Susu kambing segar (setiap pagi) usia kandungan 7 bulan ke atas. Untuk tempahan bole hubungi saya 
 Air kelapa muda (seminggu 2 kali ) usia kandungan 7 bulan ke atas
Safron (rendam bersama madu asli atau madu kelulut untuk minum)

Minyak kelapa dara (minum 1 sudu setiap pagi dan malam)


Enertri 1 sachet (supplement yang dibuat daripada beras perang)



 Pil Kalsium Ostematrix Shaklee 4 biji (setiap malam sebelum tido..kesannya sangat awesome bole refer entry pertama saya - kejang kaki dan sembelit semasa hamil….


Dan kesannya taraaa….

ok ni lah result darah baby selepas 5 hari memang takda kuning langsung....

Testimoni berjaya..oooo yeaahhh...rasa satu kepuasan apabila banyak berhabis duit demi nak dapatkan best result cam gini hah....berbaloi-baloi. Harap-harap ibu-ibu kat luar sana ada kesedaran untuk jadi macam saya..ngeh ngeh ngeh...tak rugi kot mencuba, demi anak ku sayang ku sanggup lakukan ape sahaja asalkan dapat yang terbaik.


Aesya pada hari pertama dilahirkan

Maka dengan itu, lahirlah seketul baby cute bernama Aesya Faqeyah yang bebas jaundis. So, buat ibu-ibu prihatin kat luar sana yang masih dalam tempoh kehamilan masih belum terlambat untuk mencuba tips yang saya kongsikan tadi. Sape je yang sanggup tengok anak hari-hari kena inject amek darah semata-mata untuk periksa jaundis. Korang semua mesti tak sanggup kan...so renung-renungkan lah..selamat beramal.

Berminat untuk order Ostematrix shaklee 
bole hubungi saya : 

Pn. Faezah 
(SMS/Whatsapp) 0133117607


Lebih baik mencegah dari mengubati. Selamat mencuba!!!!!


Sunday 4 September 2016

Pengalaman Berurut Semasa Berpantang Dan Selepas Pantang


Alhamdulillah akhirnya hari ni berjaya jugak habiskan sesi mengurut setelah 2 bulan lebih habis berpantang.

Dulu masa sebelum bersalin tak tahu pulak betapa pentingnya mengurut selepas berpantang. Ingatkan hal urut-mengurut ni benda remeh je. Rupa-rupanya memang perlu berurut lepas bersalin sebab badan kita jadi lemah dan badan senang masuk angin. Sebab tu lah masa dalam pantang orang kata tak bole kena kipas dan air-cond nanti urat-urat badan kita senang masuk angin dan bengkak. Memang sakit lah sebab saya dah rasa pun heee.

Tetiba teringat ibu kata "Tu lah ibu dah cakap jangan pasang kipas angin...orang dalam pantang memang tak bole kena kipas". Tapi nak buat macam mana tak bole tahan panas kot..dicampur pulak dengan degil angin meroyan dalam pantang ni..herrr memang tak tahan menanggung, nak jugak pasang kipas.

Masa tengah hamil dah masuk 8 bulan hari tu pening jugak mencari tukang urut tak tahu nak cari kat mana. Tukang urut memang banyak tapi nak cari yang betul- betul bole mengurut orang bersalin bukan bole main terjah je. Kalau kena salah orang ada yang meninggal dunia sebab salah urut....huhu seram dengar cite kak Maziah (tukang urut saya). Akak dia meninggal dunia masa tengah mengurut dalam pantang...nak taw lebih lanjut kisahnya bole tanya pada Kak Maziah sendiri hehehe.

Bila bercakap pasal kak Maziah ni, hah beliau seorang tukang urut yang berkaliber lah pada saya cewah..sebabnya lepas mengurut dengan dia badan saya automatik jadi bertenaga dan best..hilang terus sengal-sengal kat badan. Kak Maziah ni bukan calang-calang tukang urut tau. Beliau memang ada kelulusan dalam bidang urut-mengurut ni .

Lagi satu pada sesiapa yang rasa badan takde susu lepas bersalin tu bole jugak mengurut dengan kak Maziah untuk kuarkan susu badan. InshaAllah berkesan..kalau tak mencuba tak tahu kan...kita bole ikhtiar..kalau tak berusaha macam mana nak dapatkan hasil.

Saya rasa syukur sangat sempat berkenalan dengan kak Maziah awal tu pun sebulan sebelum bersalin. Many thanks to my mother in law (Ibu Zaharah) sebab dia yang carikan tukang urut ni untuk saya..tak sia-sia mengurut dengan beliau sebab badan saya dah kembali sihat dan ceria selepas bersalin. Yang bestnya dengan kak maziah ni package mengurut yang dia tawarkan termasuk bertungku dan berbengkung. Kak Maziah selalu pesan bengkung jangan tinggal masa dalam pantang kalau nak badan kembali sihat dan langsing...hehehe..tq Kak maziah saya cuba yang terbaik.

Kak Maziah bersama baby Aesya yang usia tak sampai lagi 10 hari


Untuk yang perlukan khidmat penjagaan ketika dalam pantang pun ada package nya yang tersendiri..hah best kan...mana nak cari tukang urut best yang bole jaga kita siang dan malam sepanjang berpantang siap bole masakkan lagi untuk orang berpantang..susah kot nak jumpe kat luar sana. Pendek kata serbi-serbi lah kelebihan tukang urut Kak Maziah ni.

Berikut adalah contoh Pakej yang ditawarkan :

PAKEJ 7 HARI ,9.00 PAGI – 1.30 TGH HARI (RM 1,200) :
-          Mandian untuk bayi
-          Mandian herba
-          Bertangas
-          Urutan tambah susu
-          Bertungku
-          Pakaikan bengkung dan sapu ubat susut perut
-          Param dan pilis
-          Lulur / Scrub
-          Minum madu / air herba
-          Cukur rambut bayi atas permintaan

PAKEJ 5 HARI, 9.00 PAGI – 12.30 TGH HARI (RM 850)
-          Urut
-          Bertungku
-          Pasang Bengkung
-          Mandi bayi
-          Param & Pilis
-          Bertangas

PAKEJ 3 HARI, 9.00 PAGI – 11.30 PAGI (RM470)
-          Urut
-          Bertungku
-          Pasang bengkung

Booking perlu dibuat sekurang-kurangnya 2-3 minggu sebelum bersalin 

Beliau menyediakan perkhidmatan ke rumah untuk kawasan sekitar Petaling Jaya, Putrajaya, Damansara, Sri Kembangan, Sentol, Gombak & Selayang...kalau ke tempat yang lebih jauh masih bole dipertimbangkan.  Sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat beliau bole hubungi saya :

Pn. Nurfaezah 
(SMS/Whatsapp) 013-3117607


Selamat mencuba buat para ibu di luar sana.