Friday 9 December 2016

SMARTPHONE IDAMANKU

Dalam zaman serba –serbi canggih nih boleh dikatakan setiap orang memiliki smartphone. Smartphone nih dah jadi keperluan sangat-sangat...tak sah kalau takda smartphone dalam tangan.

Kalau zaman dulu-dulu orang pakai hp 3310 je yg balik jatuh susah nak pecah tu…hp lama tu memang best tapi sayangnya takda internet je…itulah hp pertama yang aku pakai jenama nokia 7230 tak silap aku warna pink lagi sebab aku memang minat sangat dengan warna pink…itupun beli dengan hasil titik peluh masa mula-mula kerja part time sebagai promoter kat shopping mall. Zaman aku dulu bukan boleh senang-senang minta duit kat mak ayah untuk beli sesuatu. Jadi, kenalah berusaha untuk cari duit sendiri. Masa tu aku baru habis SPM. Hp tu jugaklah yang aku pakai sampai lunyai bila masuk UiTM Shah Alam.


Bila dah mula melangkah ke alam dunia pekerjaan sebenar dalam tahun 2012 kalau tak silap aku, zaman tu dah famous dengan Apps Whatsapp…punye nk ikut trend maka bertukarlah hp Nokia yang dah nak lunyai tu ke Samsung Galaxy Ace. Inilah smartphone yang pertama kali dalam hidup aku….gaji baru keje masa tu hp ni je lah yang mampu beli dengan gaji permulaan sebagai seorang QS cewah…..nak beli yang lagi advance tak mampu masa tu...hanya mampu tengok je lah…



Then bila dah start tukar 3rd job kat Petra baru bole beli hp yang size lebih besar sikit daripada Samsung Galaxy Ace iaitu Sony Xperia M2…fuh sayang gila hp ni sebab apa tau..sebab bila hp ni jatuh dalam air masih bole berdering…memang terbukti berkesan waterproof smartphone aku ni…..cumanya bila dah masuk 3 tahun guna hp ni dah start buat perangai asyik ‘hang’ je memanjang..ni yang buat aku bosan ni..sebab ape?? Sebab tahun ke-3 guna hp ni aku dah start berjinak-jinak jual produk Shaklee...kenapa smartphone penting bila berniaga Shaklee…Sebabnya mudah je Shaklee ni orang berniaga secara online. Jadi perlukan Smartphone untuk buat promotion kat FB, IG dan Blog setiap masa. Kalau hp asyik ‘hang’ cam mana nak berniaga kan…



Maka dengan itu cewah skema pulak ayat aku, bertukar lagi lah ke hp baru yang terkini iaitu Hp Samsung Galaxy S7 Edge.

1.Aku pilih S7 Edge sebab yang pertama ialah sejenis Android.

2.Yang kedua sebab aku tak suka iphone..iphone tak friendly user susah nak share charger in case tertinggal charger kat rumah jika nak dibandingkan dengan Android.

3.Sebab yang ketiga ialah memori S7 Edge ni besar 32GB…jadi orang yang berniaga online cam aku ni memang perlukan data dan memori yang besar untuk tujuan penyimpanan gambar promosi yang banyak.

4.Sebab yang keempat ialah dalam hp S7 Edge ni ada Microsoft macam word, excel, power point dan lain-lain. Jadi, senang la aku nak berblogging dan tak perlu bukak laptop lagi dah.

5.Sebab yang kelima S7 Edge ni sangat ringan dan nipis mudah nak masuk dalam poket hehehe…design pun lawa aiceceh…sangat fleksibel untuk dibawa kemana-mana.

6.Sebab yang keenam ialah S7 Edge pun waterproof jugak tak mudah rosak kalau terkena air walau terendam sedalam 3 meter dalam air selama 30 minit.



Upline saya ada cakap bila dah ada Smartphone canggih mahal-mahal nih, hah masa ni lah nk up kan lagi sale Shaklee dan gunakan semaksimum mungkin kelebihan yang ada….InshaAllah doakan saya dimurahkan rezeki dalam berbisnes online nih…Al-maklumlah dalam keadaan ekonomi sedang meleset ni kita tak boleh harap pada satu pekerjaan sahaja…standard of living makin tinggi...nak lagi tinggal di bandar yang pesat membangun macam Damansara ni semua benda mahal gila…cekik darah rasa….

Sebenarnya terus terang aku katakan aku memang tak pandai berniaga secara online tetapi dengan adanya team Shaklee yang mantap, dioranglah yang banyak ajar aku cam mana nak up kan sale setiap bulan hanya melalui smartphone sahaja...bukan susah pun sebenarnya nak berniaga online hanya menggunakan hp je…antara mereka yang banyak membantu dan mengajar aku ialah Khairani Bahaudin, Emalin Mohd, Irda Bay, Fadzrin Zainal, Ummu Bilal , Al Dinnul Firdausi Cikgu Joe Labu dan ramai lagi lah… semuanya tak kedekut ilmu memang best berkawan dengan team yang positif macam diorang…many thanks to all of you…appreciate it a lot…semoga kita dimurahkan rezeki demi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Pn.Faezah
013.311.7607
Shaklee Independent Distributor


#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect



No comments:

Post a Comment