Sunday 4 September 2016

Pengalaman Berurut Semasa Berpantang Dan Selepas Pantang


Alhamdulillah akhirnya hari ni berjaya jugak habiskan sesi mengurut setelah 2 bulan lebih habis berpantang.

Dulu masa sebelum bersalin tak tahu pulak betapa pentingnya mengurut selepas berpantang. Ingatkan hal urut-mengurut ni benda remeh je. Rupa-rupanya memang perlu berurut lepas bersalin sebab badan kita jadi lemah dan badan senang masuk angin. Sebab tu lah masa dalam pantang orang kata tak bole kena kipas dan air-cond nanti urat-urat badan kita senang masuk angin dan bengkak. Memang sakit lah sebab saya dah rasa pun heee.

Tetiba teringat ibu kata "Tu lah ibu dah cakap jangan pasang kipas angin...orang dalam pantang memang tak bole kena kipas". Tapi nak buat macam mana tak bole tahan panas kot..dicampur pulak dengan degil angin meroyan dalam pantang ni..herrr memang tak tahan menanggung, nak jugak pasang kipas.

Masa tengah hamil dah masuk 8 bulan hari tu pening jugak mencari tukang urut tak tahu nak cari kat mana. Tukang urut memang banyak tapi nak cari yang betul- betul bole mengurut orang bersalin bukan bole main terjah je. Kalau kena salah orang ada yang meninggal dunia sebab salah urut....huhu seram dengar cite kak Maziah (tukang urut saya). Akak dia meninggal dunia masa tengah mengurut dalam pantang...nak taw lebih lanjut kisahnya bole tanya pada Kak Maziah sendiri hehehe.

Bila bercakap pasal kak Maziah ni, hah beliau seorang tukang urut yang berkaliber lah pada saya cewah..sebabnya lepas mengurut dengan dia badan saya automatik jadi bertenaga dan best..hilang terus sengal-sengal kat badan. Kak Maziah ni bukan calang-calang tukang urut tau. Beliau memang ada kelulusan dalam bidang urut-mengurut ni .

Lagi satu pada sesiapa yang rasa badan takde susu lepas bersalin tu bole jugak mengurut dengan kak Maziah untuk kuarkan susu badan. InshaAllah berkesan..kalau tak mencuba tak tahu kan...kita bole ikhtiar..kalau tak berusaha macam mana nak dapatkan hasil.

Saya rasa syukur sangat sempat berkenalan dengan kak Maziah awal tu pun sebulan sebelum bersalin. Many thanks to my mother in law (Ibu Zaharah) sebab dia yang carikan tukang urut ni untuk saya..tak sia-sia mengurut dengan beliau sebab badan saya dah kembali sihat dan ceria selepas bersalin. Yang bestnya dengan kak maziah ni package mengurut yang dia tawarkan termasuk bertungku dan berbengkung. Kak Maziah selalu pesan bengkung jangan tinggal masa dalam pantang kalau nak badan kembali sihat dan langsing...hehehe..tq Kak maziah saya cuba yang terbaik.

Kak Maziah bersama baby Aesya yang usia tak sampai lagi 10 hari


Untuk yang perlukan khidmat penjagaan ketika dalam pantang pun ada package nya yang tersendiri..hah best kan...mana nak cari tukang urut best yang bole jaga kita siang dan malam sepanjang berpantang siap bole masakkan lagi untuk orang berpantang..susah kot nak jumpe kat luar sana. Pendek kata serbi-serbi lah kelebihan tukang urut Kak Maziah ni.

Berikut adalah contoh Pakej yang ditawarkan :

PAKEJ 7 HARI ,9.00 PAGI – 1.30 TGH HARI (RM 1,200) :
-          Mandian untuk bayi
-          Mandian herba
-          Bertangas
-          Urutan tambah susu
-          Bertungku
-          Pakaikan bengkung dan sapu ubat susut perut
-          Param dan pilis
-          Lulur / Scrub
-          Minum madu / air herba
-          Cukur rambut bayi atas permintaan

PAKEJ 5 HARI, 9.00 PAGI – 12.30 TGH HARI (RM 850)
-          Urut
-          Bertungku
-          Pasang Bengkung
-          Mandi bayi
-          Param & Pilis
-          Bertangas

PAKEJ 3 HARI, 9.00 PAGI – 11.30 PAGI (RM470)
-          Urut
-          Bertungku
-          Pasang bengkung

Booking perlu dibuat sekurang-kurangnya 2-3 minggu sebelum bersalin 

Beliau menyediakan perkhidmatan ke rumah untuk kawasan sekitar Petaling Jaya, Putrajaya, Damansara, Sri Kembangan, Sentol, Gombak & Selayang...kalau ke tempat yang lebih jauh masih bole dipertimbangkan.  Sesiapa yang berminat untuk dapatkan khidmat beliau bole hubungi saya :

Pn. Nurfaezah 
(SMS/Whatsapp) 013-3117607


Selamat mencuba buat para ibu di luar sana.


4 comments:

  1. Kena urut memang best. Lagi-lagi tukang urut yang pandai cari urat. Memang lega rasa badan

    ReplyDelete
  2. Tau xpe kak best n lega gila lepas kna urut..rsa segar je badan ..sbb dlm pantang klu x urut ad uratbyg bgkak n sakit

    ReplyDelete
  3. Tau xpe kak best n lega gila lepas kna urut..rsa segar je badan ..sbb dlm pantang klu x urut ad uratbyg bgkak n sakit

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete