Sunday 30 October 2016

TUMPAH DARAH SELEPAS CAESAREAN

Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semsa proses kelahiran sama ada kelahiran normal atau caesarean. Caesarean dikenal pasti boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak dari bersalin normal dengan anggaran maksima 1 liter manakala bersalin normal ialah 500ml. Seorang wanita dikatakan mengalami tumpah darah sekiranya pendarahan melebihi isipadu ini bagi kedua-dua kaedah kelahiran.

Pendarahan semasa proses kelahiran menerusi pembedahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lazimnya bagi wanita hamil, darah akan dihasilkan 50%  lebih banyak daripada biasa. Justeru, pendarahan yang normal terjadi semasa pemisahan uri dan dinding Rahim atau episiotomi ialah sesuatu yang dijangkakan.

Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean. Terdapat beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran.
  1.  Uri bawah (placenta previa) yang hanya akan disahkan apabila kandungan 7 bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada 4 tahap. Hal ini boleh berlaku sekiranya ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan terdahulu sama ada pembedahan caesarean kelahiran terdahulu dn atau pembedahan fibroid , pernah melakukan D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau sejarah infeksi/radang pada rahim (endometrisis).
  2. Uri lekang (placenta abruptio) di mana ia lekang dari dinding rahim sama ada sebahagian atau sepenuhnya lebih awal. Ia sering terjadi pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, pra-eklampsia, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban kurang atau pecah awal.
  3. Uri melekat (placenta accrete/ increta/ percreta) berlaku apabila terjadi lekatan akar uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga ke dinding pundi kencing menyebabkan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal selepas bersalin.
  4. Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.
  5. Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim kurang kenyal dan kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.
  6. Pengembangan rahim yang lebih daripada normal semasa hamil sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg  ke atas).
  7. Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.
  8.  Rahim merekah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima dan ke atas, pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).
  9.  Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung lebih daripada 12 jam (kecuali anak pertama). Ia disebabkan oleh kedudukan bayi yang tidak normal seperti occipo-tranversel occipo-posterior dan kes bersalin secara paksa (induce). Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin.



RAWATAN BAGI IBU TUMPAH DARAH SEMASA BERSALIN

Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang mengalami tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim tidak mengecut.
Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterine atony) doctor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah :
  1.  Mengurut bahagian atas rahim
  2.  Memberikan suntikan Pitocin
  3. Menyusukan bayi secepat mungkin
  4. Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat.
  5.  Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan.
  6. Persediaan bagi menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
  7. Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada perbidanan dan sakit puan.
  8.  Memastikan paras haemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl
  9. Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah.

Salam sayang,
Pn. Faezah Zulkifli

SID 1235368

FIRST TIME KE SHAKLEE BRANCH KUALA LUMPUR

ASSALAMUALAIKUM,

Tanggal 28 Oktober 2016 buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Shaklee Branch Kuala Lumpur. 

Bagi memenuhi order dari customer yang tak putus-putus ni maka dengan itu, saya terus buat keputusan untuk ke Shaklee branch bagi mendapatkan barang secara cepat tanpa perlu pos. Dulu masa mula-mula jual Shaklee saya selalu pos je sebab customer beli online kan..hehehe...

Masa mula-mula nak ke Shaklee branch berpusing-pusing jugak la cari kat mana lokasinya. Berpandukan alamat yang hanya dicari melalui internet yang menyatakan Shaklee Branch di Kuala Lumpur terletak di Jalan Rampai Maju 3, rupa-rupanya dah bertukar alamat. Patutla berpusing-pusing sebab GPS tak dapat detect alamat tu. Jalan Rampai Maju 3 dah bertukar menjadi Jalan Seri Rejang 3...ish ish ish...fuh naseb baik dapat cari jugak akhirnya.


Dengan ditemani suami dan anak tersayang akhirnya kami sampai di lokasi yang dicari. Ok bagi sesiapa yang 1st time nak ke Shaklee Branch KL, especially dearler yang baru mendaftar dengan Shaklee korang boleh refer alamat baru seperti di bawah:

NO. 32, JALAN SERI REJANG 3, 
PUSAT INDUSTRI SERI RAMPAI,
TAMAN SRI RAMPAI,
53300 KUALA LUMPUR.

TEL : 03-4142 1067

FAX : 03-4142 1072





Hah dah sampai ke sini wajiblah bergambar kan...




Tempat dia best dan cantik, wifi free dan parking pun senang…baru lah mudah nak berurus niaga…hehehe….






Thursday 27 October 2016

SUPPLEMENT DAN VITAMIN SEMASA HAMIL

Saat melihat keputusan adanya 2 garis pada ujian UPT sudah pasti yang paling gembira adalah pasangan suami isteri. Ketika itu, sudah tentu banyak idea dan perancangan telah difikirkan untuk menyambut kelahiran bayi.




Salah satunya ialah dengan memastikan bayi mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi agar janin membesar dengan sihat dan sempurna.

CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL:

TRIMESTER 1 : Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP & Ostematrix

TRIMESTER 2: Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP & Omega Guard

1. Vita - Lea
Ibu hamil kadangkalamengalami kandungan HB yang rendah yang boleh menyebabkan anemia. Vita-Lea boleh membantu bagi memastikan kadar HB normal kerana di dalamnya mengandungi

  • Vitamin B12 yang membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
  • Diperkaya dengan Iron/ Besi yang membantu dalam mengangkut oksigen ke tisu di seluruh badan.
  • Selain itu, Vita-Lea Shaklee mengandungi 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa, mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang & gigi serta biotin & asid pantotenik membantu dalam metabolisme lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
2. B Complex
B Complex mengandungi vitamin B lengkap untuk kesihatan ibu dan mengandungi asid folik. Asid Folik amat penting untuk mengelakkan kecacatan kepada janin. B Complex juga membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan rasa penat yang dialami oleh ibu hamil.

3. Ostematrix
Ostematrix adalah kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu dalam penyerapan. Ia membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu dan sekaligus mengurangkan kekejqangan otot (cramp) dan sakit pinggang/ belakang yang lazim dialami oleh ibu. Ibu yang kekurangan kalsium akan menyebabkan bayi menyerap kalsium sedia ada pada ibu. Ibu bole mengalami osteoporosis sekiranya dibiarkan berlanjutan. Ostematrix juga penting untuk bayi di dalam kandungan untuk membentuk tulang, yang kuat serta gusi & otot yang sihat.

4. ESP (Energizing Soy Protein)
Sumber protein berasaskan non-GMO soya yang mampu mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Protein penting dalam pembentukan sel-sel yang baru. Dengan ESP, ibu akan rasa kenyang lebih lama dan dapat mengelakkan daripada mengambil kudapan yang kurang sihat. Ia juga dapat mengelakkan ibu menjadi letih & lesu dan sangat sesuai diambil oleh ibu yang mengalami alahan atau mabuk teruk sehingga kurang makan. Soya, seperti diketahui umum dapat mencantikkan kulit ibu dan bayi serta mengurangkan kesan regangan (stretch mark) yang lazim berlaku pada ibu hamil. 

5. Vitamin C 
Vitamin C membantu menyerap zat besi / iron dan sintesis protein. Jadi, Vitamin C sebagai 'enhancer' untuk membantu vitamin / supplement lain untuk serapan sepenuhnya. Selain itu, ia sebagai anti-oksidan dan membantu meningkatkan imun badan ibu agar tidak mudah terkena sakit seperti demam dan selsema.

6. Omega Guard
Omega Guard adalah minyak ikan yang diperkaya dengan Omega-3, DHA & EPA. Ia membantu perkembangan otak bayi yang sihat serta membantu melancarkan peredaran darah ibu sekaligus mengawal tekanan darah serta tahap kolestrol ibu.




Hubungi saya untuk konsultasi dan pemilihan vitamin bersesuaian dengan anda.

SMS/Whatsapp 
PN. FAEZAH 0133117607
FB page : Faezahyunji VitaShop
Instagram : faezahyunjivitashop













Tuesday 25 October 2016

Ahli Baru Shaklee

Salam dan hi semua...hari ni nak update sikit member kita yang sorang ni dah pun selamat menjadi warga Shaklee. Asalnya nak beli ESP dan Vitamin untuk anaknya je, tapi untuk dapatkan harga yang lebih murah beliau terus register jadi ahli...Alhamdulillah....bukan mahal pun murah je jadi ahli Shaklee tak sampai RM 100 pun.

Meh kita belanja sikit wajah member baru kita..


So, lepas ni pada sape-sape yang nak order any vitamin, suplemen dan set kecantikan kulit  & rambut or any produk yang mmenuhi keperluan nutrisi anda boleh hubungi beliau di talian berikut : 

Call/SMS/Whatsapp 
Pn. Shida di talian 
017 327 7929.

Monday 24 October 2016

7 Cara Untuk Mencegah Daripada Virus Zika

Kesan virus Zika kepad ibu hamil amat menakutkan. Ia boleh menyebabkan sejenis kecacatan otak pada bayi di dalam kandungan.


Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.




Sama seperti demam denggi, ketika ini tiada ubat atau penawar yang boleh merawat penyakit Zika. Dan cara yang terbaik untuk mengelak daripada Zika ialah dengan mencegah penyakit itu sendiri.




7 Cara Untuk Melindungi Diri Daripada Zika ialah:
  1. Lindungi kulit dengan memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.
  2. Gunakan penghalau serangga (insect repellen) untuk mencegah nyamuk daripada menghampiri dan menggigit kita. Antara bau yang tidak digemari nyamuk ialah bau minyak serai, eucalyptus, sage dan rosemary. 
  3. Tidur di dalam kelambu untuk mengelak gigitan nyamuk di waktu malam.
  4. Pasang jaring penghalang nyamuk di rumah dan tutup pintu serta tingkap terutama pada waktu senja.
  5. Elakkan pergi ke kawasan yang berisiko tinggi.
  6. Pastikan di sekeliling rumah dan pejabat tiada tempat untuk air bertakung.
  7. Berjumpalah dengan doktor sekiranya ada simptom-simptom Zika.



Antara krim yang boleh menghalang daripada gigitan nyamuk.



Ia diperbuat daripada:

1. Chestnut / Buah berangan 
Buah berangan lazimnya yang kita jumpa yang telah disalai untuk dimakan namun ia juga mempunyai kegunaan lain. Antara kelebihan buah berangan ini ialah membantu melawan tanda-tanda penuaan pada kulit dengan ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit. 

2. Sage
Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit. Sage juga antara herba yang boleh menghalau nyamuk. Nyamuk tidak menyukai bau Sage.

3. Rosemary
Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat. Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur. Selain bau Sage, bau Rosemary juga tidak disukai oleh nyamuk.

4. Yarrow 
Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar, menyembuhkan luka, luka terbakar, ulser , alahan kulit dan juga bengkak .

Krim Herbal Blend boleh digunakan di semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa. Ia juga boleh mengurangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dan juga akibat chicken pox.

Satu tiub Herbal Blend ini berharga RM27.50.

Untuk tempahan hubungi saya:


Pn. Faezah 
SMS / Whatsapp 013 311 7607



Apakah cara paling mudah untuk kulit flawless, badan kurus bebas selulit dan bertenaga sepanjang hari?????

Apakah cara paling mudah untuk kulit flawless, badan kurus bebas selulit dan bertenaga sepanjang hari?????


ESP ni all in one OKay. Dia bole cover dari nak cantik sampai ke nak kurus😍😍😍


KELEBIHAN ESP
💠Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
💠Membantu hilangkan parut jerawat
💠Memberi tenaga berpanjangan serta jadikan badan semakin sihat / kurang lesu
💠Anjalkan kulit/ pulihkan payudara yang kendur
💠Memberi rasa kenyang yang lama/ kurangkan berat badan
💠Mengawal paras kolestrol
💠Menyokong kesihatan jantung dan prostat
💠Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
💠Membaiki pigmentasi untuk masalah kulit/ rambut (gugur, uban, kedut & kesan tua)
💠Menambah susu badan
💠Menguatkan sistem imun badan
💠Mencegah migrain
💠Mencegah gastrik
💠Mempercepat proses penyembuhan luka



Jadi apa tunggu lagi....jom order dengan saya sekarang....lambat order lambat la cantik!!!


SMS/ Whatsapp 
Pn. Faezah 0133117607


#sayajualshaklee
#faezahyunjivitashop
#setkulitcantik
#pengedarshakleedamansara
#pengedarshakleeselayang
#pengedarshakleesungaibuloh
#shakleemurahfaezahyunji

Thursday 20 October 2016

PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA

Anda sedang mencari suplemen dari jenama SHAKLEE berhampiran dengan anda di kawasan Damansara??

Hubungi saya untuk mendapartkan konsultansi PERCUMA bagi mendapatkan set vitamin yang betul-betul memenuhi keperluan nutrisi anda.

Sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan di bawah Shaklee dengan pendapatan berkadaran dengan usaha anda tanpa perlu mengeluarkan pendahuluan duit yang banyak, menyimpan stok yang banyak dan bagi yang tiada pengankutan tetapi mempunyai Smart Phone. Ini adalah perniagaan terbaik anda. Ia boleh dilakukan hanya dari rumah.

Wednesday 19 October 2016

TIPS SUBUR AGAR MUDAH HAMIL

Bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan zuriat saya nak kongsi dengan korang beberapa tips di bawah. Tips ini adalah sumber daripada Dr. Hamid Arshat dan juga pengalaman saya sendiri.

1. Jangan berputus asa, terus berdoa kepada Allah dan berusaha dapatkan rawatan.
2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.
3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan.
4. Minum teh hijau dan fresh juice. Jauhkan fizzy/soft drink dan jus dalam botol atau kotak.
5. Makan lebih sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, sup sayur, pecal atau rojak.
6. Makan lebih buah-buahan. Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan diikuti sayur-sayuran.
7. Kurangkan nasi, masak lauk-pauk seperti daging, ayam dan ikan yang segar;. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
8. Jauhkan makanan segera dan makanan-makanan yang diproses yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, pemanis dan perisa.
9. Rehat dan relax. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation. Macam saya sendiri contohnya saya install app (Lady Timer) dalam handphone supaya senang untuk kita tahu bila waktu subur kita.
10. Lakukan senaman dengan berjalan kaki, jogging, treadmill, atau berenang 30 minit setiap hari. Kalau kaum hawa nak pergi berenang di tempat tertutup bole pergi ke kolam renang UiTM Shah Alam. Saya sejak student lagi memang selalu swimming kat situ hehehe..tapi kena bayar la kalau korang nak pergi .
11 Berbagai-bagai kaedah rawatan menambah peluang hamil - X Ray HSG, Hydrotubation, D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain-lain.
12. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh-sungguh dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.



Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang Cyst,/fibroid atau lain-lain, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan diet, buat senaman 30 minit setiap hari, makan suplemen multivitamins, folic acid, vitamin E & C, zink, selenium, fish oil dan habbatus sauda. Tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat itu ini. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanan.

Inilah antara doa yang saya dan suami amalkan setiap kali lepas solat untuk mohon zuriat :

Semoga bermanfaat untuk para suami isteri di luar sana. Selamat mencuba!!


TESTIMONI : Pengakuan Seorang Pengedar Set Kesuburan

Penantian itu satu penyeksaan. Bila belum kahwin orang asyik tanya bila nak kawin... bila dah kahwin orang asyik tanya bila nak dapat anak. Hah ini lah soalan yang paling malas nak layan kan...Namun persoalan ini tidak mematahkan semangat seorang isteri ini. Ini adalah ikhtiar beliau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya betul tak. Cuma kita yang perlu berusaha dan jangan cepat berputus asa. Ikuti kisah beliau agar dapat memberi motivasi kepada kita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.



Assalamualaikum..Hai..Saya Latifah Binti Omar, mesra disapa dengan panggilan Ifa. Berumur 32 tahun. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi testimoni saya kepada semua. Perkongsian testimoni sebenar saya ini bukan untuk menyentuh perasaan sesiapa tetapi untuk memberi semangat dan inspirasi buat pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata tidak kira yang baru atau yang dah lama berkahwin.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, ingin saya nyatakan, kisah saya dengan Shaklee ni bermula dengan ESP dan Vitamin E. Kenapa?? Sebab saya tak nak wajah yang kusam ketika hari perkahwinan saya.. hehe.. Ternyata ianya berkesan. Alhamdulillah.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 01 Ogos 2014. Diakui, memang saya mempunyai masalah period tidak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cakap orang yang senggugut teruk ni susah nak mengandung. Hmmm… Saya macam telah di mindsetkan pula dengan kata-kata itu.

Tetapi selepas berkahwin saya cuba positifkan diri. Saya selalu bercakap dengan diri sendiri “aku boleh mengandung dan lahirkan zuriat untuk suami aku”. Memang rasa kelakar tapi itulah yang saya selalu buat. Usia pun dah 30an, saya memang berharap sangat untuk hasilkan ‘produk’ bersama suami secepat mungkin. Tempoh pernikahan kami dah sampai 4 bulan, tapi masih belum ada tanda2 saya hamil.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”. Adoiiii…sedih nak bagi jawapan... Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri.

Keadaan yang sama turut rasa tempias di pihak suami. Ini buatkan diri saya jadi tertekan. Tak cukup dengan itu, ada pula mulut-mulut puaka yang menyindir “Ehh, dia sendiri agen Shaklee pun tak mengandung lagi, macamana boleh jual produk kesuburan dengan orang lain..” Arghh!!.. Perit rasanya hati, sering dalam tangisan saya ngadu pada suami. Tapi sentiasa disuruh bersabar dan terus memberi semangat dan dorongan pada saya.

Setelah berbincang dengan suami, dan mendapatkan tips dari kawan suami yang merupakan seorang doktor selain pandangan daripada senior SID, saya dan suami sepakat untuk berikhtiar dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee dengan harapan dapat “repair & set” semula masalah kesuburan dari dalaman.

Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. Manakala suami saya pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya saya disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat kami. Terima kasih Allah atas anugerahMu ini. Saya tidak kisah berbotol-botol pun set kesuburan itu saya perlu konsisten demi anugerah terindah ini.

Sekarang, kandungan saya dah berusia 6 bulan dan saya masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee. Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi. .Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya. In Sha Allah, saya doakan untuk semua. Sekian.










Monday 17 October 2016

SESI MENGASAH BAKAT BER 'BLOGGING'

Salam dan hai korang,

Semalam tanggal 16 Oktober 2016, akhirnya saya menjejakkan kaki ke rumah insan hebat yang bernama Pn. Khairani Bahaudin atau panggilan manja kitorang untuk beliau 'Mama Ani'. Beliau adalah salah sorang antara insan yang berjaya dalam bisnes Shaklee. Masa mula-mula sampai tu dalam hati cakap "wow besarnya rumah Pn. Khairani ni" rasa macam kagum sekejap. Yelah mana tak nya buat bisnes Shaklee je mampu beli rumah besar..sape tak nak kan. Ini yang buat saya lagi bersemangat nak jadi macam beliau. Melihatkan pada semangat beliau je terus dapat satu semangat baru dan sumber inspirasi untuk masa depan hehehe.

Tujuan asal datang ke rumah beliau sebenarnya nak menuntut ilmu ber 'blogging' al-maklum lah zero knowledge pasal dunia blogging nih...so consider sesi nak mengasah bakat lah kiranya nih..itu yang sanggup datang jauh-jauh...haha jauh la sangat dari Damansara ke Bangi je pun..nak menuntut ilmu punya pasal. Ada yang turun dari Melaka semata-mata nak berguru dan menimba ilmu dari beliau. Nampak tak betapa hebatnya insan bergelar ibu kepada lima cahaya mata ni, sampai ada yang sanggup datang dari jauh.

Sape kata orang ada anak kecik tak ada masa nak buat part time. Sebenarnya masa tu sentiasa ada, kita je yang perlu pandai bahagikan masa antara family dan kerjaya. walaupun saya masih bekerja, saya tetap gigih untuk buat part time. Dulu tak pernah terfikir pun nak buat part time Shaklee ni, tapi bila peluang dah ada depan mata saya tak teragak-agak untuk mencuba. Kenapa saya buat part time adalah kerana saya minat, saya minat berniaga sebenarnya cuma sebelum ni tak pernah nampak peluang. Ada baby usia 3 bulan 2 minggu tak pernah halang saya untuk berbisnes. Rata-rata saya tgok orang yang buat Shaklee ni semua ada anak kecil, itu cukup membuktikan betapa ada anak kecil bukan penghalang untuk berjaya sebenarnya...yang penting usaha, kerajinan, ketekunan dan disiplin
tu perlu tanam dalam diri...InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk hambanya.

Best sangat dapat jumpa Pn. Khairani semalam, sambil belajar sambil mendodoi anak atas riba. Semalam secara tak langsung dapat berkenalan dengan kawan-kawan beliau yang turut serta mengasah bakat menuntut ilmu 'blogging' dengan beliau. Best sangat sambil belajar sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru yang kecoh tp sporting habis... memang tak bosan lah dengan diorang.

Bergambar bersama kak Ayen, kak Sherry, kak Dinnul dan Kak Su

OK korang brownies ni memang super delicious and addicted lah kalau dah try..next time nak lagi bole Mama Ani???

Thanks Mama Ani susah-susah sediakan lunch untuk anak-anak didik hehe sedap sampai bertambah makan



Sunday 16 October 2016

1001 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE

Assalammualaikum

Siapa yang tak kenal dengan produk Basic H, saya pasti ramai yang sukakan produk ini kerana ianya punya pelbagai kegunaan.

Basic H Shaklee merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960. Ianya di hasilkan daripada  sumber semulajadi iaitu jagung dan kelapa, merupakan pencuci serba guna, bebas dari bahan kimia, biodegradasi dan selamat untuk seisi keluarga. Bak kata orang putih, Organic  Super Cleaning Concentrated. :-)



BASIC H, TESTIMONI BASIC H
Basic H Shaklee

















SELAMAT
-Tak bertoksin
-Tiada wap merbahaya
-Tanpa bahan kimia merbahaya 
-Tiada pewangi
-Lembut ditangan
-pH seimbang
-Tiada Klorin

CARA MENGGUNAKAN BASIC H UNTUK MENCUCI



BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas



KEGUNAAN LAIN

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


MARI KITA TENGOK APA YANG BASIC H BOLEH BUAT  

Basic H memang menjadi item wajib di setiap rumah. :-)


Untuk membuat tempahan/menjadi ahli Shaklee (RM69 shj) dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :

PN. FAEZAH ZULKIFLI  ID 1235368

Call/Sms/WhatApp : 013-3117607
http://nurfaezahyunji.blogspot.my/