Wednesday 17 May 2017

HILANG UPAYA UNTUK BERTUTUR RUPA-RUPANYA....

APA ITU STROKE ?

Strok terbahagi kepada dua jenis iaitu :

'Hemorrhegic Stroke'

Strok jenis ini biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut lalu mengakibatkan kebocoran pada salur darah.

'Ischemic Stroke'

Strok jenis ini biasanya terjadi akibat penyumbatan di dalam dinding arteri atau salur darah. Salur darah biasanya tersumbat atau menjadi sempit disebabkan oleh pengumpulan lemak, kolestrol atau bahan-bahan lain yang manghalang laluan darah untuk sampai ke otak. 




Penyempitan atau pecahnya pembuluh darah di bahagian otak menyebabkan peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar serta mengurangkan oksigen untuk sampai ke otak. Situasi ini mampu mengakibatkan kerosakan dan kematian sel-sel saraf otak.







Tahukah anda bahawa kadar kematian akibat penyakit strok di Malaysia kian meningkat setiap tahun. Bagi yang masih hidup walaupun mengalami masalah strok kebanyakannya mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya. 

Terdapat beberapa penyakit yang turut menyumbang kepada masalah strok seperti
  • kencing manis
  • darah tinggi
  • kolestrol yang tinggi
  • kegemukan

Punca-punca Strok

  • kuat merokok
  • terlalu stress
  • fakor pemakanan yang tidak sihat
  • kurang bersenam

Simpton-simpton Pesakit Strok

  • Merasa kebas sebahagian badan atau hilang deria rasa pada bahagian muka, tangan atau kaki.
  • Sukar untuk bertutur dan tidak difahami
  • Sebelah mata atau kedua-dua belah mata kabur secara mendadak
  • Sukar untuk berjalan secara tiba-tiba
  • Pening kepala dengan teruk secara mendadak
  • Rasa mual, panas dan munyah-muntah
  • Pengsan atau tiba-tiba tidak sedar diri

Langkah Pencegahan


  • Menjaga corak pemakanan dengan mengamalakn makanan yang berkhasiat dan sihat.
  • Mencegah rokok
  • Mengawal stress dengan baik
  • Membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap
  • Mengawal tahap kolestrol di dalam badan

TESTIMONI SERANGAN STROKE DENGAN VIVIX




Assalammualaikum..


Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.


Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecildan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.


I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014

(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.



Mari  kita ikuti luahan isteri beliau dari hati ke hati sepanjang meghadapi situasi genting di saat-saat suami beliau mengalami strok dan bagaimana beliau mengatasi masalah tersebut melalui video di bawah . 







Untuk mendapatkan VIVIX anda boleh terus menghubungi saya di talian 013-311 7607 

Pengeposan ke seluruh Malaysia dan Brunei

Follow my instagram #faezahyunjivitashop @ facebook page #Faezahyunji VitaShop



Monday 15 May 2017

BERPUASA TANPA GASTRIK

Tahun 2014

Masih segar dalam kotak ingatanku sewaktu aku bermalam di rumah sahabatku Dayah dan aku berpuasa pada hari itu...seingat aku Abil pun turut serta bermalam di rumah Dayah kerana keesokan paginya kami akan bertolak ke Bachok, Kelantan sempena majlis kahwin sahabat kami.

Drama tragis bermula pada jam lebih kurang 3-4 pagi...aku tiba-tiba terbangun di tengah-tengah malam buta di kala Dayah dan Abil enak dibuai mimpi indah..

Perut aku mengerang kesakitan...ulu hati aku terasa ya Allah pedih ya amat...aku mula berguling-guling di ruang tamu akibat terlampau sakit sehingga tak boleh tidur.

Abil dan Dayah yang sedang enak dibuai mimpi pun terjaga disebabkan terdengar bunyi bising aku yang sedang mengerang kesakitan..masa tu aku punya rupa sakit tu dah macam 'Mak Lampir' berguling-guling tak tentu arah menahan sakit dalam keadaan yang tak terurus.

Melihatkan keadaan aku yang kritikal sakit macam orang meroyan, Dayah dan Abil mengambil keputusan untuk segera membawa aku ke klinik...nasib baik ada si Abil yang tahu serba-serbi jalan sekitar Bangsar...Abil memandu dengan laju mencari klinik yang berdekatan sebab risau tengok keadaan aku yang tak henti-henti meraung menahan sakit. Nasib baiklah akhirnya kami jumpa juga klinik yang buka 24 jam..fuhhh lega...

Sampai je di klinik doktor teruk bagi injection..Abil dan Dayah hanya mampu mendengar jeritan aku dari dalam bilik rawatan akibat suntikan oleh doktor.

Al-kisahnya aku ni dah diserang gastrik..pedih ulu hati bagai sebab berpuasa di siang harinya...


Gambar ni sehari selepas kejadian..sempat juga sampai ke Kelantan..malam sebelum kejadian ingatkan dah tak dapat nak pergi wedding 'Dadaa' sebab sakit gastrik, gagahkan diri juga nak pergi.


Kejadian yang sama terus berulang ke atas diri aku setiap kali aku berpuasa di bulan Ramadhan. Begitu juga dengan sarapan pagi..aku memang tak boleh lewat sarapan...bila lewat makan je mesti gastrik menyerang.

Aku dah tak tahan asyik bergantung pada ubat hospital dan asyik berulang-alik ke hospital setiap kali diserang gastrik...bayangkan setiap kali bulan puasa menjelang je aku mesti akan ke hospital lebih kurang 4-6 kali sebulan akibat diserang gastrik...doktor di hospital sampai dah kenal muka aku dan keluarkan surat supaya aku buat pemeriksaan lanjut kerana khuatir perut aku mengalami luka dan berkemungkinan terdapat ulser di dalam perut.

Tetapi sampai sekarang aku tak berani untuk membuat pemeriksaan lanjut sebab aku risau kalau-kalau aku akan dibedah bagai...huish seram mak..

Sebenarnya menurut cerita makcik aku di kampung aku memang selalu diserang gastrik sejak kecil lagi..hurmm patutla makin parah bila menginjak ke alam dewasa. Aku asyik lewat dan tak jaga waktu makan...dan tabiat aku tu berterusan sampai lah aku melangkah ke alam pekerjaan...bila sibuk dengan kerja je aku mesti sampai terlupa nak makan pagi.

Bila dah berkahwin pulak suami lah yang banyak membantu mengubah tabiat lama aku...suami selalu ingatkan masa makan aku...kesian kat suami aku, dia lah yang selalu menghadap sakit gastrik aku bila diserang malam-malam buta...aku sampai tak mampu nak berjalan hanya mampu terduduk di atas kerusi roda..sampai muntah-muntah teruk depan doktor..bila teringat balik aduhai seksanya masa tu menahan sakit...macam biasa bila sampai je hospital doktor terus bagi injection lagi...dan sakit gastrik aku berterusan sehingga aku di dalam pantang anak pertama kami.


Terpaksa mengadap makan ubat-ubat ni bila kena serang gastrik...


Masa di dalam pantang ni lah aku mula berkenalan dengan ESP..amende ESP tu..meh sini aku nak citer kat korang....

Asalnya aku beli ESP ni sebab nak tambah susu badan je tak tahu pulak yang ESP ni sesuai untuk orang gastrik cam aku ni hah.

Alhamdulillah sejak beberapa bulan amalkan ESP aku dah tak mudah diserang gastrik..pagi-pagi yang sibuk di hari bekerja kalau tak sempat breakfast aku memang minum ESP je sebab mengenyangkan pada aku...kalau dulu sebelum kenal ESP aku memang kena amalkan 'heavy meal' untuk elak gastrik.



Tapi amalkan ESP je tak cukup untuk memulihkan luka di dalam perut aku sepenuhnya sebab perut aku ni dah tahap kritikal sakitnya. Tetapi aku masih mengelak untuk berjumpa doktor kerana ingin mengelak ubat-ubatan...aku lebih memilih alternatif secara semulajadi.

Sejak itu aku mencuba VIVIX...aku mula berkenalan dengan VIVIX pada Januari 2017 sebab masa ni Vivix ada promosi aku terus beli dua botol...best tau kalau beli Vivix dua botol terus sebab automatik dapat free membership dan dua botol tu mampu bertahan selama 5-6 bulan lamanya.

Aku memang ada masalah setiap kali nak berpuasa sebabnya aku risau gastrik akan menyerang lagi..tetapi ada satu perkara yang aku perasan sejak amalkan Vivix aku dah tak ada masalah untuk berpuasa...dah takda lagi dah rasa pedih ulu hati yang menyucuk-nyucuk macam dulu sampai rasa nak muntah...tanpa aku sedar Vivix slowly recover luka dalam perut aku selama 5 bulan aku amalkan Vivix.




Lagi satu perkara yang aku perasan badan aku ni memang jenis berangin..senang sangat masuk angin kalau tak jaga pemakanan...untuk elakkan sebu perut dan berangin aku amalkan Peppermint Ginger Plus...memang keluar habis angin-angin dalam badan. Dulu sebelum kenal Vivix aku akan makan Peppermint Ginger Plus dan ESP untuk redakan gastrik.



Alhamdulillah tahun ni aku berazam nak puasa penuh..semoga Allah permudahkan urusan berpuasa aku pada Ramadhan tahun ini...Amin.

Hanya tuhan je tahu betapa seronoknya aku dapat berpuasa tanpa diserang gastrik lagi...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Thank you Shaklee.

Salam Sayang,

Pn.Faezah
Shaklee Independent Distributor 


Jadi untuk mendapatkan set gastrik bagi memudahkan mereka yang ingin berpuasa tanpa diserang gastrik boleh terus hubungi saya di talian 013-311 7607

Follow my instagram #faezahyunjivitashop

@

 Facebook Page #Faezahyunji VitaShop







Monday 8 May 2017

"TERKEJUT KANSER DAH TIADA, SELEPAS CUBA......."

Kanser Hodgkin Lymphoma merupakan kanser tisu limfa. Tisu limfa terdapat di nodus limfa, limpa, hati, tulang sum-sum dan lain-lain. 

Punca sakit ini masih belum diketahui dan ia biasa menimpa dikalangan mereka yang berusia dari 15-35 tahun dan 50-70 tahun. 


Simptom-simptom kanser Hodgkin Lymphoma

  • Sering keletihan demam dan kesejukan yang kerap datang dan pergi 
  • Gatal-gatal tanpa sebab diseluruh badan 
  • Hilang nafsu makan 
  • Berpeluh-peluh diwaktu malam 
  • Bengkak yang tidak sakit di bahagian limfa seperti ketiak dan leher
  • Hilang berat badan tanpa sebab 


Simptom-simpton Lain

  • Batuk
  • Sakit Dada atau masalah pernafasan
  • Berpeluh berlebih-lebihan 
  • Sakit dibahagian tulang rusuk kebawah disebabkan oleh hati atau limpa yang bengkak
  • Sakit dinodus limfa 
  • Selepas minum alkohol kulit menjadi kemerahan
Terdapat beberapa jenis ujian yang akan dijalankan bagi mengesahkan kanser Hodgkin Lymphoma. Biasanya tanda awal kanser ini ialah bengkak dibahagian nodus limfa yang tidak diketahui puncanya. 

Penyakit ini boleh merebak kebahagian nodus limfa yang lain seperti limpa, hati, tulang sum-sum dan lain-lain Penyakit ini akan didiagnos selepas membuat biopsi dibahagian tisu yang mungkin sakit. 

Jika keputusan biopsi dan ujian lain menunjukkan pesakit mengidap Kanser Hodgkin Lymphoma maka banyak lagi ujian yang akan dilakukan untuk mengenalpasti kanser berada ditahap mana dan sejauh mana ia merebak. 

Biasanya ujian-ujian berikut akan dilakukan 
  • Ujian kimia darah seperti aras protein
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian fungsi buah pinggang, dan paras asid urik 
  • Biopsi tulang sum-sum (untuk sesetengah kes) 
  • Imbasan CT keatas dada, abdomen dan pelvis 
  • 'Complete Blood Count' (CBC) untuk periksa anemia dan kira jumlah darah putih. 


Imbasan PET Rawatan yang diberikan pula bergantung kepada beberapa perkara berikut:- Jenis Kanser Hodgkin Lymphoma Kanser tahap berapa (sejah mana sakit telah merebak) Saiz tumor melebihi 10 cm (lebar) Usia pesakit dan pelbagai isu perubatan Faktor lain seperti usia, demam, berpeluh diwaktu malam dan sebagainya.


TESTIMONI : PUAN SAADIAH ARBAIN


[ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX]

Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 

Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 
.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.






Mari kita lihat pengakuan daripada seorang ibu kepada penghidap kanser Hodgkin Lymphoma melaui video di bawah :





Untuk mendapatkan Vivix anda boleh menghubungi saya di talian 013.311.7607

Cegah barah sebelum bertambah parah

Sayangilah kesihatan anda.








Sunday 7 May 2017

EKZEMA..MIMPI NGERI SETIAP IBU BAPA.....

KENALI EKZEMA


Dikenali dengan nama saintifiknya 'Dermatitis Atopik', Ekzema jenis ini biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak seawal usia 3 bulan hingga 2 tahun. Dermatitis Atopik ini biasanya dikaitkan dengan penyakit asma dan demam alergi. 

Keadaan bayi yang mengalami ekzema jenis ini kebiasaannya akan mengalami kulit kering, kemerahan dan bersisik. Mengalami ruam di bahagian-bahagian tertentu seperti pipi tangan dan kaki. Turut mengalami rekahan di bahagian belakang telinga serta gatal yang teruk. 

Ekzema juga bermaksud penghalang kulit tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini memudahkan kulit bayi mudah diserang jangkitan dan alergi yang boleh menjadikan keadaan kulit bayi bertambah teruk.


Punca-punca Ekzema Pada Bayi

1. Keturunan/Genetik
  • Cara gaya hidup dan corak pemakanan yang kurang sihat daripada ibu bapa menghasilkan genetik yang kurang sihat. Seterusnya membawa kepada keturunan yang rendah tahap imunisasi badan. Sebaiknya elakkan pemakanan yang tinggi kandungan toksik seperti makanan laut, alkohol serta makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang tinggi.
2. Pembiakan kuman/bakteria
  • Kuman kulat iaitu 'pityrosporum ovale'  merupakan sejenis organisma yang hidup pada kulit juga turut dikatakan senagai penyumbang kepada masalah ekzema.
3. Bahan kimia pada sabun
  • Cuba elakkan daripada menggunakan sabun yang terlalu banyak buih kerana sabun yang berbuih boleh mengeringkan kulit. Kulit yang terlampau kering akan menyebabkan kegatalan pada kulit bayi. Sebaiknya gunakan sabun yang direka khas untuk kulit sensitif. 
4. Asap Rokok
  • Asap rokok juga turut dikaitkan dengan penyebab ekzema kerana kandungan toksin yang tinggi di dalam asap rokok mudah melekat pada kulit bayi yang sensitif.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Ekzema

  1. Menjaga persekitaran agar sentiasa bersih.
  2. Elakkan pengambilan krim steroid dalam tempoh yang berpanjangan kerana mampu menipiskan kulit.
  3. Ibu bapa haruslah mengamalkan gaya hidup sihat dan elakkan merokok kerana boleh memudaratkan kesihatan dan bayi anda.
  4. Elakkan bayi berada di luar rumah dalam tempoh yang lama kerana mudah terdedah kepada habuk dan kuman yang boleh memudaratkan lagi ekzema bayi.
  5. Mengelakkan makanan yang menyumbang ke kepada ekzema.
  6. Elakkan mandi air panas, sabun kimia dan mandi buih.
  7. Gunakan krim pelembap secara konsisten untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan ekzema bertambah teruk

Testimoni Ekzema dengan VIVIX

Kronologi..


SEBELUM : flare up
SEMASA : tido letak vivix
SELEPAS BEBERAPA JAM : eh !! gebu btol ko nak.. hee~

ini apa mama baby buat :

1. mandi - mandikan dgn air suhu bilik + acv ( tak suam tak sejuk sbb bila suam sgt nnt akan keringkan lg kulit). Acv utk bunuh kuman
2. Mandian guna PBySO sens.dry sbb yg ni jer nampak bkesan krg flare up sejak guna
3. Sy ambil vivix, nutriferon, vit c, zinc, vitalea n lain
4. Sabun cuci baju guna shaklee nyer
5. sapu cream HB n eczema balm spy sentiasa lembab

6. sapu vivix kalau flare up






Friday 5 May 2017

TOP 10 PRODUK SHAKLEE PALING MELETOP DI MALAYSIA

Memandangkan Shaklee semakin mendapat perhatian dan permintaan di pasaran Malaysia dalam kuantiti yang sangat tinggi disebabkan keberkesanan produk tersebut..meh akak nak share dengan korang antara TOP 10 produk Shaklee yang paling MELETOP dan TERLAJAK LARIS di Malaysia.


  1. Vivix
  2. Energizing Soy Protein (ESP)
  3. Shaklee Collagen Powder
  4. Lecithin
  5. Omega Guard
  6. Ostematrix
  7. Sustained Release Vitamin C
  8. Alfalfa Complex
  9. Vitalea with Iron
  10. Vitamin E Complex


Yang pertama tak lain dan tak bukan of course la VIVIX si merah tersayang...

Kenapa VIVIX paling top dan terlajak laris sebenarnya sampaikan orang lain dari negara jiran sanggup cari Vivix sampai ke Malaysia uolss...haish rugi nya sape yang belum try Vivix tuh.

Vivix pada asasnya bertindak dalam 4 cara :

  1. Mampu mengawal genetik serta melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh.
  2. Melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia
  3. Mampu meningkatkan tenaga sel-sel tubuh
  4. Melmbatkan pembentukan protein AGE iaitu 'Advanced Glycation End Product'. Protein AGE yang banyak di dalam tubuh manusia mampu mendorong ke arah kerosakan sel-sel tubuh.
Kelebihan VIVIX :

  • 10 kali ganda lebih baik dari Resveratrol
  • antioksidan yang sangat kuat untuk menyahkan radikal bebas & sel asing (seperti tumor)
  • memberi tenaga kepada sel
  • memelihara & memperbaiki DNA
  • melambatkan pembentukan protein AGE
  • menyokong kesihatan kardiovaskular, jantung, otak & sendi

Siapa yang disarankan mengambil vivix :

Mereka yang dalam keadaan sihat atau mengalami :

  • Kandungan gula yang tinggi dalam darah
  • Paras koletsrol yang tinggi
  • Sindrom/ masalah buah pinggang
  • Tekanan darah yang tidak normal
  • Penyakit 3 serangkai
  • Lemah sistem imun badan
  • SLE/ Auto-immune
  • Gout
  • Perokok tegar
  • Lemah tenaga
  • Sakit  sendi, tulang dan otot
  • Hyper/ Hypo thyroid
  • Sel asing / tumor
  • Stroke/angin ahmar
  • Alergik/ eczema
  • Rheumatoid arthritis


ESP jatuh di tangga yang kedua paling top...kenapa ESP ni sangat hot stuff...asal ad je kena rembat..asal ada je kat branch lesap disapu dek SID kat luar sana...why why why???

ESP yang teridiri daripada 9 jenis asid amino ni dan kaya dengan protein mampu membuatkan orang kenyang bila minum dan boleh elakkan heavy meal dan makanan yang berlemak dan berminyak...

ESP juga mampu mencantikkan kulit di samping membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk aktiviti seharian kita...sebab tu kalau bulan puasa minum ESP boleh bantu elak gastrik...part ni paling i suka sebab i dulu ada gastrik teruk.


Omega Guard ni selain fungsinya yang sangat bagus untuk otak ia juga mampu membakar lemak dan merendahkan kolestrol di dalam badan serta mampu menguatkan imunisasi badan agar tak mudah diserang penyakit.



Sustained release Vitamin C ni pun hot stuff sebenarnya...sebab ape ye??
Ramai yang cari vitamin C Shaklee sebab nak cantikkan kulit. Sebab ape Vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin C lain di pasaran adalah kerana mangandungi 'Bioflavonoid' yang mampu melawan bakteria penyebab jerawat. Selain itu Vitamin C Shaklee juga boleh menguatkan imun badan daripada demam batuk dan selsema...sebab tu saya susah nak jatuh sakit asbab amalan Vitamin C Shaklee setiap hari.


Ostematrix pulak adalah vitamin yang mula-mula sekali buat saya jatuh hati dengan Shaklee semasa saya hamil tahun lepas kerana saya mengalami masalah kejang kaki yang teruk. Ostematrix terkenal sebagai suplemen yang mampu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang. Di samping itu, ia juga mampu mengelakkan sembelit, atasi masalah imsomnia, lenguh-lenguh badan, sakit tumit dan sesuai untuk ibu hamil yang tak suka minum susu.


Alfalfa Complex ni terkenal sebagai jamu moden..sebenarnya Alfalfa Complex berfungsi sebagai agen detox untuk mencuci hati, usus dan darah. Alfalfa Complex ni saya amek pada mulanya sebab nak bantu tambah susu badan..selain tu Alfalfa juga mampu mengelakkan keputihan, membantu pesakit arthritis, melawan alahan, menyingkirkan lemak dan kolestrol.


Ramai di kalangan customer saya yang amek Vitamen E Complex ni sebab nak repair kulit yang bermasalah dengan kata lain nak mencantikkan kulit lah.Vitamin E Complex ini mengandungi anti oksida yang boleh melambatkan penuaan, meningkatkan kesuburan, mengurangkan parut, membaiki tisu dan peredaran darah, membantu kesihatan otak, kulit dan mata.




Vitalea pula adalah sumber multivitamin dan multimineral lengkap yang mampu membekalkan keperluan nutrisi yang seimbang di samping membantu menambah tenaga. Vitalea juga sangat membantu dalam proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku an hormon serta menjaga kesihatan tiroid.



Collagen Powder Shaklee sangat laris sebabnya ramai yang nak gebu dan cantik...yelah kalau amek collagen hari-hari mamang cantik lah kulit uolss kan tegang dan anjal je..selain itu Collagen Powder juga sangat laris sebab boleh bantu mak-mak pakcik-pakcik yang ada sakit sendi dan lutut kembali sihat.



Lecithin pulak terkenal dengan fungsinya yang mampu mengemulsikan dan membakar lemak di dalam badan...Lecithin memang takkan terkecuali lah kalau customer saya nak set kurus..sambil-sambil diet sambil-sambil membakar lemak. 

Nak jugak rasa penangan hebat vitamin dan suplemen Shaklee..??

Kalau anda seorang yang pentingkan kesihatan dalaman dan luaran tetapi masih lagi mencari-cari vitamin yang sesuai untuk kesihatan diri anda...jangan risau...

Boleh terus hubungi saya...saya akan memberikan konsultasi secara percuma.

Salam Sayang,
Pn Faezah
Your Trusted Shaklee Independent Distributor








































Thursday 4 May 2017

SHAKLEE NEW HOME OFFICE DI SUNWAY GEO TOWER

Assalamualaikum dan hi semua,

Khas buat  peminat-peminat tegar Shaklee..

Untuk pengetahuan semua  Shaklee Home Office yang lama telah berpindah ke alamat baru seperti berikut :




Bersempena dengan Shaklee Convention 2017 yang jatuh pada 29 April 2017 minggu lepas Shaklee New Home Office telah dirasmikan dengan jayanya oleh President Shakee Malaysia, Ms. Helen Lam.




Jadi, lepas ni boleh lah SID satu Malaysia datang borong vitamin dan suplemen kat sini. Tempat dia sangat best sebab boleh borong suplemen Shaklee macam kat supermarket...amek je vitamin yang dah display tu masukkan dalam bakul dan bayar kat kaunter..mudah kan.

Hah ape tunggu lagi..nak borong vitamin kat sini tapi belum register ahli??
Jangan risau boleh contact saya , saya boleh bantu korang untuk register ahli secara online...semudah ABC je..klik-klik siap..hah simple sangat...lepas tu korang dah boleh terus ke mana-mana branch Shaklee berhampiran untuk boroong vitamin yang korang suka...






Wednesday 22 March 2017

8 JENIS PRODUK KOSMETIK YANG DISAHKAN BERACUN OLEH KKM...

Hah sape yang dah tengok berita kat TV semalam mesti dah tahu kan ape produk yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah sahkan mengandungi racun berbahaya…salah pilih produk boleh menyebabkan kanser tau..uish seram akak.



Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah telah pun mengeluarkan kenyataan di media elektronik antara 8 jenis produk KOSMETIK yang telah pun disahkan BERACUN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah :

  1. Moleek Day Cream
  2. Adel Miracle Flawless  serum
  3. Ah Beauty Night Cream
  4. NDZ UV Whitening
  5. Snow Cream Normal
  6. Snow Cream Sensitif
  7. Dnars Nar Cream-Sensitif
  8. Ellfie Night Cream


Gambar : sumber dari Facebook Siti Haszirah Hasan (Mary Kay Beauty Consultant)



Ini pengalaman akak sendiri ye bukan onar semata-mata..sebab akak dah try salah satu produk yang KKM senaraikan dalam gambar di atas…memang kulit akak jadi pedih dan luka selepas guna..muka boleh rosak dik…pastu taubat tak nak guna dah…dan sekarang akak dah bijak membuat pilihan..dulu tak pandai nak selidik main bedal je beli ape orang jual..tak pernah nak amek tahu apa kandungan dalam produk.

Jadi sebagai pengguna yang bijak kita harus kaji selidik dulu kandungan dan bahan bagi setiap produk sebelum membeli.

Sekarang akak dah jumpe produk yang betul-betul sesuai dengan kulit akak. Dulu kulit akak memang kusam dan banyak jerawat serta blackhead…pendek kata memang tak selera lah nak tengok muka sendiri kat cermin setiap kali bangun tidur.

Tapi sekarang akak dah mampu tersenyum tau belek muka sendiri sebabnya parut-parut jerawat akak yang banyak dulu dah banyak pudar…whitehead dah banyak hilang..pori-pori kat kulit pun dah mengecil...kulit semakin bersih..yeahh.. i really love it.


Dan set kulit yang banyak membantu akak memulihkan kulit akak adalah set skin care NUTRIWHITE SHAKLEE yang sememang berkesan dan dijamin Selamat oleh KKM.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Inginkan kulit yang sihat dan cantik ??
Berkesan dan disahkan Selamat oleh KKM ??

Set penjagaan kulit cantik dari Shaklee boleh membantu anda kerana dirumus khas dari 16 jenis tumbuh-tumbuhan  semulajadi yang terpilih dan terdiri daripada :

Aloe Vera
 – melegakan, melembapkan dan keradangan

Mountain Arnica
 – mengurangkan keradangan dengan flavones

Cat’s Claw 
– menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin

Kudzu Leaf & Roots
 – menegang dan mengurangkan keradangan

Linden 
– menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam

Marshmallow 
– melembapkan dengan tanin

Seaweed 
– mengeluarkan, memelihara dan menegangkan

Green Algae
 – menyahtoksin dan melembapkan

Bearberry 
– meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan

Soybean
 – mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok

Skullcap 
– meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

Beech Tree 
– meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi

Mullberry
 – mencegah kerosakan kulit dan melembap

Peony 
– mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

Rosemary
 – mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan



 Nutriwhite Skin Care terdiri daripada

  1. Gentle Deep Foaming Cleanser - membersih  dan menyegarkan kulit. Membersih hingga ke dalam untuk menghapuskan toksin dan melembapkan
  2. Gentle  Action Make Up Remover - menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa rosakkan kulit. Mampu menegangkan dan meyegarkan kulit.
  3. Soothing Radiance Whitening Softner - Mengembalikan keseimbangan pH semulajadi kulit. Sungguh berkesan dan menyihatkan.
  4. Daily Defense Whitening Essence - mencerahkan dan menegangkan kulit. mencegah dari kerosakan akibat matahari. Mudah diserap oleh kulit.
  5. Ultimate Protection Whitening Lotion - mencegah keosakan kulit akibat pancaran UV matahari. Mengukuhkan ketahanan kulit terhadap persekitaran negatif
  6. Spot Whitening Treatment - mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan.
  7. Overnight Renewal Whitening Cream - bertindak sepanjang malam untuk memeperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Mampu mengurangkan jeragat dan cela.
Jadi jom cantikkan kulit anda hari ini dan dapatkan set NUTRIWHITE SHAKLEE sekarang dengan menghubungi saya di talian yang tertera di bawah.

Follow my Instagram & Facebook page : faezahyunjivitashop