Monday 6 February 2017

TIPS ATASI SENGGUGUT TERUK KETIKA DATANG BULAN

Boleh dikatakan ramai di kalangan gadis atau wanita akan mengalami trauma dan fobia setiap kali datang bulan.

Ada seorang kawan saya takut sangat bila setiap kali period menjelang...kerana katanya sehinggakan sampai satu tahap boleh pitam sebab menahan sakit. Saya sendiri pun kadang-kadang sampai tidak boleh bangun dan terbaring sepanjang hari akibat sakit yang menyucuk-nyucuk. Yang pernah merasainya sahaja tahu betapa sakitnya senggugut.



Senggugut ini perkara biasa yang dialami oleh anak gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun dengan 21% daripada 1,000 anak gadis pernah mengalaminya manakala 26% daripada jumlah tersebut tidak dapat hadir ke sekolah atau tempat pengajian akibat mengalami senggugut teruk.

Walaupun senggugut ini perkara biasa namun ia tidak boleh dibiarkan sahaja kerana ia boleh mengganggu gaya kehidupan dan juga pembelajaran anak gadis.

Antara tips yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah senggugut ialah:

CARA MENGATASI  SENGGUGUT
  • Elakkan makanan-makanan ini, aiskrim, coklat, kafein , makanan bergoreng dan berlemak tinggi. Makanan-makanan ini akan menjadikan perut kembung dan kejang. Ambil makanan yang tinggi kalsium seperti kekacang. susu untuk mengurangkan kekejangan dibahagian perut.
  • Kawal pengambilan lemak dan garam berlebihan kerana makanan ini akan membuatkan pengumpulan air  berlebihan di dalam badan.
  • Amalkan rutin senaman yang konsisten. Senaman akan membantu mengurangkan kesakitan akibat senggugut.  Satu kajian telah dibuat dan mendapati senaman akan membuatkan tubuh badan kita mengeluarkan sejenis  bahan kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak dengan melegakan  kesakitan dan tekanan emosi  yang diakibatkan oleh senggugut.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan,
  • Amalkan pengambilan vitamin-vitamin tertentu seperti:
  1. Vitamin A dan  Vitamin C untuk mengelakkan kulit  berjerawat dan kulit allergi

  2. Vitamin B untuk menenangkan emosi dan stress

  3. Vitamin E untuk mengurangkan kesakitan pada payudara sepanjang tempoh menstruasi

  4. Kalsim dan magnesium untuk mengelakkan pengecutan keterlaluan pada rahim yang mengakibatkan senggugut teruk
Kalaulah saya ketika itu mengetahui senggugut boleh hilang atau dikurangkan dengan pengambilan vitamin tertentu, pasti saya amalkan kerana sankit senggugut memang terasa azabnya. 

Jika anda mengalaminya atau anak gadis anda mengalaminya, kurangkan kebergantungan dengan ubat penahan sakit dengan mengamalkan vitamin dan supplement seperti yang dikeluarkan oleh Shaklee yang ternyata halal dan mempunyai pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara vitamin dan supplemen yang amat membantu dalam mengurangkan sakit senggugut teruk ialah:


B Complex– B complex berfungsi sebagai penenang semulajadi yang membantu menenangkan emosi dan stress semasa tempoh menstruasi
GLA COMPLEX– Gla Complex ialah asid gamma linelonik yang digunakan secara tradisional untuk mengurangkan  kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan mengatur kitaran haid yang tidak teratur. Sangat berkesan dalam mengurangkan sakit senggugut dengan pengambilan berterusan. Ia juga diperkaya dengan vitamin E untuk mengurangkan simptom sakit pada payudara yang sering dialami semasa proses menstruasi.

ESP-Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan rahim.Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Ia juga boleh dijadikan sebagai alas perut kerana ketika mengalami senggugut, seseorang akan tidak mempunyai selera untuk makan dan ini dapat mengelakkan pula daripada mengalami gastrik.
Ostematrix- Padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain  untuk  membantu mengurangkan senggugut. Kalsium dan magnesium juga berfungsi untuk mengelakkan pengecutan keterlaluan pada rahim yang mengakibatkan senggugut teruk
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya. Vitamin C akan membantu mengurangkan jerawat dan acne pada wajah yang sering keluar dengan banyak semasa tempoh menstruasi.

Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH

0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL


Postage seluruh Malaysia/Brunei

No comments:

Post a Comment