Monday 17 October 2016

SESI MENGASAH BAKAT BER 'BLOGGING'

Salam dan hai korang,

Semalam tanggal 16 Oktober 2016, akhirnya saya menjejakkan kaki ke rumah insan hebat yang bernama Pn. Khairani Bahaudin atau panggilan manja kitorang untuk beliau 'Mama Ani'. Beliau adalah salah sorang antara insan yang berjaya dalam bisnes Shaklee. Masa mula-mula sampai tu dalam hati cakap "wow besarnya rumah Pn. Khairani ni" rasa macam kagum sekejap. Yelah mana tak nya buat bisnes Shaklee je mampu beli rumah besar..sape tak nak kan. Ini yang buat saya lagi bersemangat nak jadi macam beliau. Melihatkan pada semangat beliau je terus dapat satu semangat baru dan sumber inspirasi untuk masa depan hehehe.

Tujuan asal datang ke rumah beliau sebenarnya nak menuntut ilmu ber 'blogging' al-maklum lah zero knowledge pasal dunia blogging nih...so consider sesi nak mengasah bakat lah kiranya nih..itu yang sanggup datang jauh-jauh...haha jauh la sangat dari Damansara ke Bangi je pun..nak menuntut ilmu punya pasal. Ada yang turun dari Melaka semata-mata nak berguru dan menimba ilmu dari beliau. Nampak tak betapa hebatnya insan bergelar ibu kepada lima cahaya mata ni, sampai ada yang sanggup datang dari jauh.

Sape kata orang ada anak kecik tak ada masa nak buat part time. Sebenarnya masa tu sentiasa ada, kita je yang perlu pandai bahagikan masa antara family dan kerjaya. walaupun saya masih bekerja, saya tetap gigih untuk buat part time. Dulu tak pernah terfikir pun nak buat part time Shaklee ni, tapi bila peluang dah ada depan mata saya tak teragak-agak untuk mencuba. Kenapa saya buat part time adalah kerana saya minat, saya minat berniaga sebenarnya cuma sebelum ni tak pernah nampak peluang. Ada baby usia 3 bulan 2 minggu tak pernah halang saya untuk berbisnes. Rata-rata saya tgok orang yang buat Shaklee ni semua ada anak kecil, itu cukup membuktikan betapa ada anak kecil bukan penghalang untuk berjaya sebenarnya...yang penting usaha, kerajinan, ketekunan dan disiplin
tu perlu tanam dalam diri...InsyaAllah jika niat kita baik Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untuk hambanya.

Best sangat dapat jumpa Pn. Khairani semalam, sambil belajar sambil mendodoi anak atas riba. Semalam secara tak langsung dapat berkenalan dengan kawan-kawan beliau yang turut serta mengasah bakat menuntut ilmu 'blogging' dengan beliau. Best sangat sambil belajar sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru yang kecoh tp sporting habis... memang tak bosan lah dengan diorang.

Bergambar bersama kak Ayen, kak Sherry, kak Dinnul dan Kak Su

OK korang brownies ni memang super delicious and addicted lah kalau dah try..next time nak lagi bole Mama Ani???

Thanks Mama Ani susah-susah sediakan lunch untuk anak-anak didik hehe sedap sampai bertambah makan



No comments:

Post a Comment