Monday 15 May 2017

BERPUASA TANPA GASTRIK

Tahun 2014

Masih segar dalam kotak ingatanku sewaktu aku bermalam di rumah sahabatku Dayah dan aku berpuasa pada hari itu...seingat aku Abil pun turut serta bermalam di rumah Dayah kerana keesokan paginya kami akan bertolak ke Bachok, Kelantan sempena majlis kahwin sahabat kami.

Drama tragis bermula pada jam lebih kurang 3-4 pagi...aku tiba-tiba terbangun di tengah-tengah malam buta di kala Dayah dan Abil enak dibuai mimpi indah..

Perut aku mengerang kesakitan...ulu hati aku terasa ya Allah pedih ya amat...aku mula berguling-guling di ruang tamu akibat terlampau sakit sehingga tak boleh tidur.

Abil dan Dayah yang sedang enak dibuai mimpi pun terjaga disebabkan terdengar bunyi bising aku yang sedang mengerang kesakitan..masa tu aku punya rupa sakit tu dah macam 'Mak Lampir' berguling-guling tak tentu arah menahan sakit dalam keadaan yang tak terurus.

Melihatkan keadaan aku yang kritikal sakit macam orang meroyan, Dayah dan Abil mengambil keputusan untuk segera membawa aku ke klinik...nasib baik ada si Abil yang tahu serba-serbi jalan sekitar Bangsar...Abil memandu dengan laju mencari klinik yang berdekatan sebab risau tengok keadaan aku yang tak henti-henti meraung menahan sakit. Nasib baiklah akhirnya kami jumpa juga klinik yang buka 24 jam..fuhhh lega...

Sampai je di klinik doktor teruk bagi injection..Abil dan Dayah hanya mampu mendengar jeritan aku dari dalam bilik rawatan akibat suntikan oleh doktor.

Al-kisahnya aku ni dah diserang gastrik..pedih ulu hati bagai sebab berpuasa di siang harinya...


Gambar ni sehari selepas kejadian..sempat juga sampai ke Kelantan..malam sebelum kejadian ingatkan dah tak dapat nak pergi wedding 'Dadaa' sebab sakit gastrik, gagahkan diri juga nak pergi.


Kejadian yang sama terus berulang ke atas diri aku setiap kali aku berpuasa di bulan Ramadhan. Begitu juga dengan sarapan pagi..aku memang tak boleh lewat sarapan...bila lewat makan je mesti gastrik menyerang.

Aku dah tak tahan asyik bergantung pada ubat hospital dan asyik berulang-alik ke hospital setiap kali diserang gastrik...bayangkan setiap kali bulan puasa menjelang je aku mesti akan ke hospital lebih kurang 4-6 kali sebulan akibat diserang gastrik...doktor di hospital sampai dah kenal muka aku dan keluarkan surat supaya aku buat pemeriksaan lanjut kerana khuatir perut aku mengalami luka dan berkemungkinan terdapat ulser di dalam perut.

Tetapi sampai sekarang aku tak berani untuk membuat pemeriksaan lanjut sebab aku risau kalau-kalau aku akan dibedah bagai...huish seram mak..

Sebenarnya menurut cerita makcik aku di kampung aku memang selalu diserang gastrik sejak kecil lagi..hurmm patutla makin parah bila menginjak ke alam dewasa. Aku asyik lewat dan tak jaga waktu makan...dan tabiat aku tu berterusan sampai lah aku melangkah ke alam pekerjaan...bila sibuk dengan kerja je aku mesti sampai terlupa nak makan pagi.

Bila dah berkahwin pulak suami lah yang banyak membantu mengubah tabiat lama aku...suami selalu ingatkan masa makan aku...kesian kat suami aku, dia lah yang selalu menghadap sakit gastrik aku bila diserang malam-malam buta...aku sampai tak mampu nak berjalan hanya mampu terduduk di atas kerusi roda..sampai muntah-muntah teruk depan doktor..bila teringat balik aduhai seksanya masa tu menahan sakit...macam biasa bila sampai je hospital doktor terus bagi injection lagi...dan sakit gastrik aku berterusan sehingga aku di dalam pantang anak pertama kami.


Terpaksa mengadap makan ubat-ubat ni bila kena serang gastrik...


Masa di dalam pantang ni lah aku mula berkenalan dengan ESP..amende ESP tu..meh sini aku nak citer kat korang....

Asalnya aku beli ESP ni sebab nak tambah susu badan je tak tahu pulak yang ESP ni sesuai untuk orang gastrik cam aku ni hah.

Alhamdulillah sejak beberapa bulan amalkan ESP aku dah tak mudah diserang gastrik..pagi-pagi yang sibuk di hari bekerja kalau tak sempat breakfast aku memang minum ESP je sebab mengenyangkan pada aku...kalau dulu sebelum kenal ESP aku memang kena amalkan 'heavy meal' untuk elak gastrik.



Tapi amalkan ESP je tak cukup untuk memulihkan luka di dalam perut aku sepenuhnya sebab perut aku ni dah tahap kritikal sakitnya. Tetapi aku masih mengelak untuk berjumpa doktor kerana ingin mengelak ubat-ubatan...aku lebih memilih alternatif secara semulajadi.

Sejak itu aku mencuba VIVIX...aku mula berkenalan dengan VIVIX pada Januari 2017 sebab masa ni Vivix ada promosi aku terus beli dua botol...best tau kalau beli Vivix dua botol terus sebab automatik dapat free membership dan dua botol tu mampu bertahan selama 5-6 bulan lamanya.

Aku memang ada masalah setiap kali nak berpuasa sebabnya aku risau gastrik akan menyerang lagi..tetapi ada satu perkara yang aku perasan sejak amalkan Vivix aku dah tak ada masalah untuk berpuasa...dah takda lagi dah rasa pedih ulu hati yang menyucuk-nyucuk macam dulu sampai rasa nak muntah...tanpa aku sedar Vivix slowly recover luka dalam perut aku selama 5 bulan aku amalkan Vivix.




Lagi satu perkara yang aku perasan badan aku ni memang jenis berangin..senang sangat masuk angin kalau tak jaga pemakanan...untuk elakkan sebu perut dan berangin aku amalkan Peppermint Ginger Plus...memang keluar habis angin-angin dalam badan. Dulu sebelum kenal Vivix aku akan makan Peppermint Ginger Plus dan ESP untuk redakan gastrik.



Alhamdulillah tahun ni aku berazam nak puasa penuh..semoga Allah permudahkan urusan berpuasa aku pada Ramadhan tahun ini...Amin.

Hanya tuhan je tahu betapa seronoknya aku dapat berpuasa tanpa diserang gastrik lagi...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Thank you Shaklee.

Salam Sayang,

Pn.Faezah
Shaklee Independent Distributor 


Jadi untuk mendapatkan set gastrik bagi memudahkan mereka yang ingin berpuasa tanpa diserang gastrik boleh terus hubungi saya di talian 013-311 7607

Follow my instagram #faezahyunjivitashop

@

 Facebook Page #Faezahyunji VitaShop







No comments:

Post a Comment