Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian.
Hari ni saya ada topik baru yang saya nak kongsikan dengan
anda semua kat luar sana especially untuk ibu-ibu yang tengah preggy sekarang
ni. Ok tips yang akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri
sepanjang melalui proses kehamilan.
Biasanya bila dah mengandung ni mesti kita terfikir
akan bagaimana untuk menjaga kesihatan kandungan kita bukan. Macam saya dulu
saya selalu terfikir untuk berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan
saya.Contohnya, bila saya dapat tahu yang saya hamil saya terus set dalam minda yang saya nak lahirkan anak saya dalam keadaan yang sihat dan bebas jaundis. Bukan setakat jaundis je..kalau bole tak nak la baby lahir dalam keadaan tidak sihat tak kira la sakit ape pun.
Biasanya kita dengar zaman sekarang ni bayi yang lahir mesti
tak dapat lari dari terkena penyakit demam kuning atau nama lainnya jaundis. Orang
cakap jaundis ni senang jadi kalau si ibu tak jaga pemakanan semasa hamil. Ada
jugak yang cakap kalau si ibu berdarah jenis ‘O’ pun senang kena jaundis. Tapi
saya darah ‘O’ jugak, Alhamdulillah anak saya bebas jaundis .
Jadi untuk mengelakkan anak saya daripada terkena jaundis
saya pun mula buat research untuk elakkan jaundis. Apa yang saya buat adalah
saya sangat-sangat menjaga pemakanan seharian saya. Kalau bole elakkan makan di luar sebab mostly makanan di luar ada MSG…tak bagus tu untuk ibu
mengandung..kalau bole rajin-rajin kan la diri memasak bawak bekal especially
untuk ibu-ibu yang bekerja. Kalau tak larat masak minta tolong hubby masakkan.
Saya dulu masa mengandung rajin masak capati (buat sendiri
ok) bawak bekal pergi kerja...punya nak elak makan nasi sebab takut baby besar
sangat ..resepi capati belajar dengan
ibu mertuaku sayang..tak sia-sia belajar dengan ibu sebab ibu ni pandai masak,
bagi la resepi apa pun mesti sedap punya.
Sebenarnya bukan susah pun nak jaga pemakanan kita, cuma
kena ada ketekunan dan disiplin diri yang tinggi. Kalau tak ada disiplin diri
untuk semua tu memang ke laut la jawabnya kan. Sepanjang tempoh kehamilan sampailah dah
habis pantang, saya memang elakkan minuman berkarbonat, kafein, teh, minuman
berais & minuman sejuk. Thanks to Mr. husband jugak banyak support membantu
menjaga corak pemakanan saya. Husband yang banyak nasihat jangan minum ais
katanya tak bagus untuk badan….bebel-bebel jugak la dia nasihat takut
kembang urat la, gemuk la, senang masuk angin la…nanti sakit sape yang
susah..hehe..saya dengar je dia bebel..
“Baiklah abang, sayang mengikut perintah” itu je yang saya jawab untuk
tenangkan dia.
Selain daripada tu ape yang saya buat untuk jaga pemakanan
saya adalah dengan mengamalkan amalan pemakanan sunnah. Betul la ape yang
Rasullulah S.A.W ajarkan pada umatnya setiap satunya mempunyai banyak
khasiatnya yang tersendiri yang ramai orang tak sedar. Salah satunya adalah pemakanan.
Tapi tak semua orang mampu ikut corak pemakanan Rasullulah S.A.W. sebab ramai
yang tak bole nak telan dan tak biasa. Contohnya susu kambing ni ramai yang tak bole nak minum sebab kononnya bau hamis kambing dan tak tahan dengan baunya. Saya pun tak biasa tapi paksa diri jugak lama-kelamaan ok je…nak dengan tak nak je...kalau ikutkan kehendak hati dan perasaan ni memang tak selera jugak.
Minyak zaitun 1 sudu (tengah hari/ malam) ..bole juga disapu pada perut untuk mengelakkan stretch mark ..saya dah try dan berkesan..perut langsung tak ada stretch mark
Susu kambing segar (setiap pagi) usia kandungan 7
bulan ke atas. Untuk tempahan bole hubungi saya
Air kelapa muda (seminggu 2 kali ) usia
kandungan 7 bulan ke atas
Safron (rendam bersama madu asli atau madu
kelulut untuk minum)
Minyak kelapa dara (minum 1 sudu setiap pagi dan malam)
Enertri 1 sachet (supplement yang dibuat
daripada beras perang)
Pil Kalsium Ostematrix Shaklee 4 biji (setiap
malam sebelum tido..kesannya sangat awesome bole refer entry pertama saya - kejang kaki dan sembelit semasa hamil….
ok ni lah result darah baby selepas 5 hari memang takda kuning langsung....
Testimoni berjaya..oooo yeaahhh...rasa satu kepuasan apabila banyak berhabis duit demi nak dapatkan best result cam gini hah....berbaloi-baloi. Harap-harap ibu-ibu kat luar sana ada kesedaran untuk jadi macam saya..ngeh ngeh ngeh...tak rugi kot mencuba, demi anak ku sayang ku sanggup lakukan ape sahaja asalkan dapat yang terbaik.
Aesya pada hari pertama dilahirkan
Maka dengan itu, lahirlah seketul baby cute bernama Aesya Faqeyah yang bebas jaundis. So, buat ibu-ibu prihatin kat luar sana yang masih dalam tempoh kehamilan masih belum terlambat untuk mencuba tips yang saya kongsikan tadi. Sape je yang sanggup tengok anak hari-hari kena inject amek darah semata-mata untuk periksa jaundis. Korang semua mesti tak sanggup kan...so renung-renungkan lah..selamat beramal.
Berminat untuk order Ostematrix shaklee
bole hubungi saya :
Pn. Faezah
(SMS/Whatsapp) 0133117607
Lebih baik mencegah dari mengubati. Selamat mencuba!!!!!
No comments:
Post a Comment