Wednesday, 8 February 2017

UBAT YANG MAMPU MELEGAKAN DEMAM KANAK-KANAK

Anak saya Aesya Alhamdullilah sejak dilahirkan takde demam kuning berkat amalan pemakanan semasa hamil yang saya amalkan. Boleh pergi ke link ni untuk baca dengan lebih lanjut Tips Amalan Semasa Hamil Elak Jaundis .

Even masa saya pregnant sekalipun saya memang langsung tak amalkan ubat demam atau paracetamol...sebab selagi boleh elak kita elak lah kan unless kalau dah tahap kritikal panasnya. Kalau rasa suhu badan anak panas tetiba pun saya akan tanggalkan pakaian anak dan kerap basahkan badan untuk turunkan suhu badan baby sebab baby lagi lah tak digalakkan makan ubat ecpecially bagi bayi yang berusia 1 tahun ke bawah.



This time saya dan husband decide 'DRUG FREE'...sebab kalau boleh lebih baik kita elak dari pengambilan ubat-ubatan ini. Memberi anak ubat-ubatan secara terus untuk menurunkan suhu, badan, mengurangkan selsema @ batuk dengan sebarang ubat secara kerap boleh memberi kesan negatif pada kesihatan dalaman mereka.

Sekurang-kurangnya kita tidak jadi hamba ubat & merisikokan kesihatan anak kita tanpa kita sedar.  

Tetapi kalau dah tahap kritikal sangat demam tu...janganlah pulak teragak-agak untuk segera ke klinik. 

Take Note :
  • Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah celcius bawa ke hospital untuk rawatan lanjut
  • Suhu di bawah 38 darjah celcius TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL (PCM)
  • PCM cuma diambil jika suhu mencecah 38.5 darjah celcius 
  • Suppository (ubat buntut cuma diambil jika suhu 39 darjah celcius ke atas) dan tidak sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah.
Biasanya kalau kita ke klinik, doktor akan berikan antibiotic untuk anak...dah baik 2-3 hari..then 4 weeks lepas tu atau bulan depannya demam datang semula...dah terpaksa keluarkan kos untuk rawatan lagi..dan keadaan itu akan terus berulang.

Kalau di Germany, setiap kali kita sakit macam demam ke batuk atau selsema ke..doktor kat sana akan berikan konsultasi dan bukannya ubat-ubatan.

Nampak kan konsep perubatan di Europe lebih menekankan kepada aspek cara menguatkan imunisasi badan untuk melawan serangan virus & bakteria. Dengan itu, badan akan jadi lebih kuat untuk berdepan dengan virus & bakteria pada masa akan datang.


Pemilihan suplemen @ vitamin sebagai langkah pencegahan

Parents mana je yang suka tengok anak selalu warded sebab demam panas melampau betul tak. 

Zaman sekarang ni terlampau banyak virus dan bakteria yang boleh menjadi penyebab ramai kanak-kanak mudah diserang macam- macam penyakit. Jadi, kita sebagai ibu bapa yang perihatin perlulah menitikberatkan penjagaan kesihatan anak-anak sejak dari awal. 

Orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati...sebab tu lah pentingnya pengambilan suplemen@vitamin dan penjagaan kesihatan anak-anak sejak dari kecil lagi.

Pengambilan vitamin pulak perlu lah pilih brand yang betul ..organik, semulajadi dan tidak mengandungi bahan sintetik serta mudah diserap sepenuhnya oleh badan.

Antara supemen Shaklee yang mampu menguatkan imunisasi anak-anak supaya tidak mudah diserang demam dan penyakit-penyakit lain ialah :



Meal Shake 
Multivitamin berbentuk serbuk untuk diminum ini mengandungi 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Mengandungi sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.


Omega Guard
Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik di dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi anak-anak daripada terkena serangan penyakit.


Vitamin C - Chewable Vita C Plus
Di samping mnguatkan imunisasi kanak-kanak, ia juga mampu menguatkan tulang, gigi dan gusi kanak-kanak.

Nutriferon
bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Untuk kanak-kanak sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan.

Jadi apa kata jom kita mencegah sebelum terlambat...bila anak-anak sihat tentu hati ibu bapa pun happy dan tak runsing lagi.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH

0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei

Monday, 6 February 2017

TIPS ATASI SENGGUGUT TERUK KETIKA DATANG BULAN

Boleh dikatakan ramai di kalangan gadis atau wanita akan mengalami trauma dan fobia setiap kali datang bulan.

Ada seorang kawan saya takut sangat bila setiap kali period menjelang...kerana katanya sehinggakan sampai satu tahap boleh pitam sebab menahan sakit. Saya sendiri pun kadang-kadang sampai tidak boleh bangun dan terbaring sepanjang hari akibat sakit yang menyucuk-nyucuk. Yang pernah merasainya sahaja tahu betapa sakitnya senggugut.



Senggugut ini perkara biasa yang dialami oleh anak gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun dengan 21% daripada 1,000 anak gadis pernah mengalaminya manakala 26% daripada jumlah tersebut tidak dapat hadir ke sekolah atau tempat pengajian akibat mengalami senggugut teruk.

Walaupun senggugut ini perkara biasa namun ia tidak boleh dibiarkan sahaja kerana ia boleh mengganggu gaya kehidupan dan juga pembelajaran anak gadis.

Antara tips yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah senggugut ialah:

CARA MENGATASI  SENGGUGUT
  • Elakkan makanan-makanan ini, aiskrim, coklat, kafein , makanan bergoreng dan berlemak tinggi. Makanan-makanan ini akan menjadikan perut kembung dan kejang. Ambil makanan yang tinggi kalsium seperti kekacang. susu untuk mengurangkan kekejangan dibahagian perut.
  • Kawal pengambilan lemak dan garam berlebihan kerana makanan ini akan membuatkan pengumpulan air  berlebihan di dalam badan.
  • Amalkan rutin senaman yang konsisten. Senaman akan membantu mengurangkan kesakitan akibat senggugut.  Satu kajian telah dibuat dan mendapati senaman akan membuatkan tubuh badan kita mengeluarkan sejenis  bahan kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak dengan melegakan  kesakitan dan tekanan emosi  yang diakibatkan oleh senggugut.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan,
  • Amalkan pengambilan vitamin-vitamin tertentu seperti:
  1. Vitamin A dan  Vitamin C untuk mengelakkan kulit  berjerawat dan kulit allergi

  2. Vitamin B untuk menenangkan emosi dan stress

  3. Vitamin E untuk mengurangkan kesakitan pada payudara sepanjang tempoh menstruasi

  4. Kalsim dan magnesium untuk mengelakkan pengecutan keterlaluan pada rahim yang mengakibatkan senggugut teruk
Kalaulah saya ketika itu mengetahui senggugut boleh hilang atau dikurangkan dengan pengambilan vitamin tertentu, pasti saya amalkan kerana sankit senggugut memang terasa azabnya. 

Jika anda mengalaminya atau anak gadis anda mengalaminya, kurangkan kebergantungan dengan ubat penahan sakit dengan mengamalkan vitamin dan supplement seperti yang dikeluarkan oleh Shaklee yang ternyata halal dan mempunyai pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara vitamin dan supplemen yang amat membantu dalam mengurangkan sakit senggugut teruk ialah:


B Complex– B complex berfungsi sebagai penenang semulajadi yang membantu menenangkan emosi dan stress semasa tempoh menstruasi
GLA COMPLEX– Gla Complex ialah asid gamma linelonik yang digunakan secara tradisional untuk mengurangkan  kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan mengatur kitaran haid yang tidak teratur. Sangat berkesan dalam mengurangkan sakit senggugut dengan pengambilan berterusan. Ia juga diperkaya dengan vitamin E untuk mengurangkan simptom sakit pada payudara yang sering dialami semasa proses menstruasi.

ESP-Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan rahim.Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Ia juga boleh dijadikan sebagai alas perut kerana ketika mengalami senggugut, seseorang akan tidak mempunyai selera untuk makan dan ini dapat mengelakkan pula daripada mengalami gastrik.
Ostematrix- Padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain  untuk  membantu mengurangkan senggugut. Kalsium dan magnesium juga berfungsi untuk mengelakkan pengecutan keterlaluan pada rahim yang mengakibatkan senggugut teruk
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya. Vitamin C akan membantu mengurangkan jerawat dan acne pada wajah yang sering keluar dengan banyak semasa tempoh menstruasi.

Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH

0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL


Postage seluruh Malaysia/Brunei

CARA MENAMBAH BERAT BADAN YANG BERKESAN, CEPAT & SELAMAT

Macam mana korang kesan sama ada berat badan korang Ideal atau tidak...

Pernah dengar apa itu BMI (Body Mass Index) ?

Body Mass Index merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. BMI merupakan suatu rumus  matematik di mana berat badan seseorang (dalam kg) dibahagi dengan tinggi badan (dalam cm). BMI lebih berhubungan dengan lemak tubuh dibandingkan dengan indikator lainnya untuk tinggi badan dan berat badan.

Cara Menghitung Berat Badan Dengan Menggunakan Rumus BMI

BMI        =           Berat Badan (kg)
                             Tinggi (m) x Tinggi (m)

Contohnya :

  • Berat   : 45 kg
  • Tinggi : 154 cm
  • 1.54² = 2.3716
  • 45 di bahagi dengan 2.37 = BMI adalah 18.99



Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang customer saya yang mengadu mempunyai masalah kurang di bawah berat badan ideal...

Jadi saya cadangkan mereka mencuba SET WEIGHT GAIN SHAKLEE yang terdiri daripada ESP, B Complex, Vita Lea dan Meal Shake.

Jom kita tengok ape kelebihan setiap suplemen tersebut dalam membantu menaikkan berat badan.

MEAL SHAKE

Sedap , lazat & menyelerakan...itulah kata-kata yang paling sesuai untuk Meal Shake Shaklee. Bau dia pulak perghhh memang best rasa French Vanilla yang berkualiti tinggi. Meal Shake ni kalau korang nak tahu ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan kita. Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber & protein.

Protein amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh sebab protein merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat, nak kurus, nak cantik...pendek kata semuanya perlukan protein.
Meal Shake ni dapat membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah selera makan dan merangsang nafsu makan mereka secara sihat.

Sehari satu sudu je.. so sekali beli boleh tahan lah dalam 3 bulan gituu...jimat kan.

Kalau nak rasa yang lebih lazat boleh campur dengan ESP..pasti best.


VITA-LEA

Multivitamin & multimineral yang diformulasi khusus dengan 23 vitamin dan mineral penting yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Vita-Lea menyediakan asas-asas nutrisi penting yang boleh membantu proses pembesaran, menstabilkan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Salah satu punca badan termapau kurus ialah kekurangan nutrisi di dalam badan. Kebiasaaannnya, bila kita terlampau sibuk dengan urusan harian sama ada di pejabat atau pun di rumah..tanpa kita sedar sebenarnya kita telah mengabaikan kesihatan kita dari segi pemakanan. Akhirnya kita jadi stress, cepat penat, hilang selera makan dan seterusnya muka nampak pucat, letih dan lesu.

Ada beberapa orang customer saya lepas mencuba selama sebulan selera makan jadi bertambah, mood lebih stabil, lebih ceria dan bertenaga. Happy sangat dapat respon yang postitif daripada mereka.

B-COMPLEX

Vitamin B1, B2 dan Niacine yang terkandungdi dalam B Complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat. kekurangan vitamin ini akan menyebabkan selera makan terganggu dan menurun. Di samping itu, antara kelebihan lain vitamin B Complex adalah ianya dapat mengawal kadar metabolisme badan, dan mempertingkatkankesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


ESP-ENERGIZING SOY PROTEIN 

  • Sumber Protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet harian kita.
  • berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
  • membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.
  • membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • mengandungi 5 vitamin B, 2  mineral dan 8gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis. pewarna dan pengawet.
Kesan ESP Shaklee bergantung kepada cara pengambilan. bagi yang terlampau kurus dan ingin menambah berat badan, boleh amalkan ESP selepas makan. Ia akan menambah jumlah kalori untuk tambah berat.





Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH

0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei


Saturday, 28 January 2017

VERTIGO...PUNCA & RAWATAN

Merry-go-round! Itulah yang boleh dikatakan apabila mengalami vertigo. Merry-go-round berada di dalam kepala. Kalau masa kanak-kanak, memang akan rasa suka sebab seperti berpusing-pusing namun apabila dewasa ia mengganggu kehidupan.




Selain daripada rasa berpusing-pusing, simptom lain pesakit vertigo adalah:


  • Badan rasa seperti condong
  • Bergoyang-goyang
  • Tidak seimbang seperti berada di atas perahu
  • Terasa seperti badan ditarik ke satu arah


Pesakit vertigo selain daripada mengalami simptom di atas juga ada yang turut mengalami:

  • Loya
  • Pergerakan mata tidak normal
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Telinga berdengung
  • Hilang pendengaran
  • Ia akan berlaku dalam beberapa minit sehingga beberapa jam dan akan datang dan pergi.


Punca vertigo antaranya ialah:


1) BPPV - Benign Paroxysmal Positional Vertigo
Otocenia / Canalitis iaitu Kristal halus yang terbentuk daripada kalsium karbonat tidak berada di tempat yang sepatutnya dan berada di terowong bahagian dalam telinga akibat trauma, jangkitan atau akibat usia yang meningkat.


2) Meniere's Disease
Kerosakan di bahagian dalam telinga akibat cecair yan terkumpul atau perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh menjadi punca samaada vertigo, tinnitus (berdengung di dalam telinga) dan hilang deria pendengaran.


3) Vestibular Neuritis atau Labyrinhitis
Jangkitan yang berlaku di dalam bahagian dalam telinga menyebabkan radang di sekitar saraf penting yang membantu dalam keseimbangan badan.


4) Sebab-sebab Lain Berlakunya Vertigo

  • Kecederaan di kepala atau leher
  • Mengalami strok atau mempunyai tumor di otak
  • Kesan daripada ubat tertentu 
  • Migrain

Apakah rawatan pilihan sekiranya vertigo berlaku?

Melakukan pemulihan vestibular iaitu terapi fizikal untuk menguatkan system vestibular yang berfungsi untuk menghantar signal ke otak untuk pergerakan kepala dan badan. Rawatan ini boleh diperolehi di hospital kerajaan di Jabatan Fisioterapi.

Penempatan semula Canalith dengan melakukan siri pergerakan badan dan kepala yang tertentu bagi yang mengalami BPPV. Pergerakan ini dilakukan untuk mengeluarkan kalsium yang terdapat di dalam terowong bahagian dalam telinga ke bahagian lain yang boleh diserap oleh badan.

Mengambil ubatan tertentu seperti ubat menahan mabuk dan loya akibat symptom yang berlaku atau ubat antibiotic dan steroid untuk jangkitan dan meredakan radang.

Bagi Meniere's Disease pula, ubat berbentuk deuretik diberikan untuk mengurangkan tekanan dalam telinga akibat pertambahan cecair dalam bahagian telinga sebelah dalam.

Bagi kes-kes tertentu mungkin pembedahan perlu dilakukan.Bagi vertigo yang berlaku akibat tumor, strok atau kecederaan di leher dan otak rawatan terhadap punca penyakit perlu dilakukan.Selain rawatan dengan doktor yang wajib dilakukan, antara ikhtiar yang boleh diamalkan pesakit vertigo ialah dengan pengambilan Vivix.

Vivix mengandungi resveratrol dan folifenol serta antioksidan yang tinggi yang boleh mengurangkan kesan penuaan. Ingat tadi, ada vertigo yang boleh berlaku akibat usia. Dan ia juga membantu untuk mengurangkan jangkitan dan radang seperti di dalam testimoni-testimoni ini.




Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei

Monday, 26 December 2016

NAK BAKAR LEMAK? NAK KURUS? NAK KEMPISKAN PERUT?

KENAPA SAYA BERANI KATA YANG MINYAK IKAN SHAKLEE BOLEH BAKAR LEMAK, KURUSKAN BADAN DAN KEMPISKAN PERUT BUNCIT??

OMEGA GUARD SHAKLEE adalah minyak ikan terbaik di dunia yang kaya dengan DHA , EPA & OMEGA 3....ia sangat pekat sehingga mampu untuk membakar lemak dalam badan kita berbanding minyak ikan jenama lain.




Bayangkan Omega Guard Shaklee mampu untuk melarutkan Polisterin ( seperti dalam gambar) apatah lagi lemak dalam badan kita hanya dalam 10 minit.






Suplemen ini juga yang saya amalkan ketika berpantang untuk kempiskan perut yang menggelebeh selepas bersalin....ibu-ibu kat luar sana mesti tak nak tengok kan perut buncit dan gelebeh selepas bersalin....saya dah cuba dan ternyata berkesan.

Kalau korang nak tahu sama ada minyak ikan yang korang makan tu berkesan untuk larutkan lemak atau tidak korang boleh test sendiri kat rumah macam dalam gambar di atas.

Omega Guard Shaklee juga yang membantu sahabat saya yang sorang ni untuk turunkan berat badan beliau, Puan Fadzrin Zainal. Makin kurus dan comey lotey beliau sekarang hasil penangan Omega Guard dan Lecithin Shaklee.



Untuk tempahan /

 konsultasi secara percuma :


SMS/Whatsapp

PN. FAEZAH
0133117607

Fb page : Faezahyunji VitaShop

Instagram : faezahyunjivitashop

Pre-Order sekitar Damansara/KL

Postage seluruh Malaysia/Brunei

Friday, 23 December 2016

SET BERPANTANG NO.1 TERBAIK

Set Berpantang Shaklee:
.
VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.
.
B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
.
VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.
.
ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.
.
OSTEMATRIX
Ostematrix adalah sumber kalsium dan turut mengandungi magnesium & vitamin D. Pengambilan kalsium secukupnya juga dapat mengelakkan badan daripada menggunakan kalsium sedia ada serta mengelakkan osteoporosis. Faedah lain kalsium seperti yang dikatakan oleh Dr Zubaidi iaitu mengelakkan darah beku akibat kurang pergerakan Ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim. Ia juga mengurangkan Sengal badan dan sakit belakang serta melawaskan proses pembuangan.
.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Semasa berpantang, Ibu lazim akan mengalami 'hunger pangs' walaupun hanya sedikit terlewat mengambil makanan. ESP boleh membantu dalam memberikan rasa kenyang lebih lama.  Umum juga mengetahui protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel baru dan boleh membantu membina sel-sel baru terutama Ibu yang baru bersalin.

ALFALFA
Membanyakkan susu ibu, bertindak seperti perapat dan juga membuang angin dalam badan.


Hubungi Pn.Faezah
013.311.7607
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


Wednesday, 14 December 2016

KELEBIHAN DAN KHASIAT LOBAK MERAH A.K.A CARROT

APA SAYUR KEGEMARAN KORANG??


Aku memang penggemar sayur-sayuran pendek kata semua jenis sayur aku bedal...sebab tu kawan-kawan suke perli aku kambing (sengal diorang ni) sebab setiap kali keluar makan je mesti pinggan nasi aku penuh dengan ulam dan sayur.Tetapi dalam banyak-banyak sayur dalam dunia ni....ada satu sayur yang memang menjadi pojaan hati aku sepanjang masa serius tak tipu ni kisah benar. Aku masaklah ape jenis masakan sayuran dan lauk sekalipun aku mesti akan campakkan sayur ni dalam masakan aku..kalau tak percaya boleh tanya hasben aku sendiri @faisal fauzi.....aku dah macam addicted dengan sayur ni..aku pun tak tahu kenapa maybe kerana warnanya yang menarik hatiku dan juga rasanya yang rangup apabila digigit..maybe...hurmm…

Sayur yang aku maksudkan itu adalah Lobak Merah a.k.a Carrot. Disebabkan aku ni kaki 'Carrot' lah maka dengan itu power mata aku makin kurang sebabnya lobak merah ni kaya dengan Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata dan penglihatan kita. Kalau dulu power aku 100 sekarang dah berkurang jadi 50 gara-gara aku gemar makan lobak merah setiap hari...Kadang-kadang tu aku kunyah je baby carrot tu mentah-mentah buat snek..terasa lazat di mulut aku....kalau orang lain aku tak tahu lah kan..sebab aku memang gila carrot.




Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Lobak merah berupaya mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain daripada itu, jom kita tengok apa lagi kelebihan lobak merah ni untuk sistem badan kita :


1.   Anti-kanser
Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon. Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!

2.   Baik untuk mata
Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam. Oleh itu, lobak merah adalah makanan yang terbaik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak. . Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

3.   Mencegah penyakit jantung
Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. 

4.   Mengurangkan risiko stroke
Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu.

5.   Menjaga kulit
Lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

6.   Anti penuaan
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

7.   Mengekalkan gigi cantik
Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga dapat  membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

8.   Bagus untuk perokok tegar
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.Atau bagi remaja yang malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.

9.   Untuk pelangsingan badan
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam  sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.





Jadi berbaloi tak makan lobak merah??

Kalau korang ada masalah rabun tapi tak minat makan lobak merah setiap hari korang boleh cuba supplement ‘CAROTOMAX’ dari Shaklee yang sangat bagus untuk :

* Rabun
* Katarak
* Glaucoma
* Eye bag
* Antiokda @ anti kanser
* Cantikkan Kulit @ atasi masalah jerawat
* Mata Lesu akibat kerap menggunakan computer

Kebetulan pulak bulan ni memang ada promo ‘CAROTOMAX’



Pn.Faezah
013.311.7607
Shaklee Independent Distributor

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect