APA SAYUR KEGEMARAN KORANG??
Aku memang penggemar
sayur-sayuran pendek kata semua jenis sayur aku bedal...sebab tu kawan-kawan
suke perli aku kambing (sengal diorang ni) sebab setiap kali keluar makan je
mesti pinggan nasi aku penuh dengan ulam dan sayur.Tetapi dalam banyak-banyak
sayur dalam dunia ni....ada satu sayur yang memang menjadi pojaan hati aku
sepanjang masa serius tak tipu ni kisah benar. Aku masaklah ape jenis masakan
sayuran dan lauk sekalipun aku mesti akan campakkan sayur ni dalam masakan
aku..kalau tak percaya boleh tanya hasben aku sendiri @faisal fauzi.....aku dah
macam addicted dengan sayur ni..aku pun tak tahu kenapa maybe kerana warnanya
yang menarik hatiku dan juga rasanya yang rangup apabila digigit..maybe...hurmm…
Sayur yang aku maksudkan
itu adalah Lobak Merah a.k.a Carrot. Disebabkan aku ni kaki 'Carrot' lah maka
dengan itu power mata aku makin kurang sebabnya lobak merah ni kaya dengan
Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata dan penglihatan kita. Kalau
dulu power aku 100 sekarang dah berkurang jadi 50 gara-gara aku gemar makan
lobak merah setiap hari...Kadang-kadang tu aku kunyah je baby carrot tu
mentah-mentah buat snek..terasa lazat di mulut aku....kalau orang lain aku tak
tahu lah kan..sebab aku memang gila carrot.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBX5vjLRPfLGQBDh3Nr-yc01uVdNvAjNP_Bd44hJS9fzvOFYoq3JYCrxU0pwiOMQ0pOXreJlN3FE9UjjpKj96ZUXJ5IlRkV7cUIVIYMspbTEefUxMMPE3AL3VtTdaGqE3dH66wVExcuKE/s320/WhatsApp+Image+2016-12-14+at+6.03.31+PM.jpg)
Lobak merah mengandungi
beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia
adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit.
Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam
badan .Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan digunakan untuk membaiki
keadaan kulit kita. Lobak merah berupaya mengurangkan masalah sakit jantung ,
diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam
badan.
Selain daripada itu, jom
kita tengok apa lagi kelebihan lobak merah ni untuk sistem badan kita :
1.
Anti-kanser
Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak
merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan
kanser kolon. Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat
mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi
yang terdapat dalam lobak merah yang melindungi akarnya dari penyakit kulat.
Namun bukan racun untuk manusia tetapi pencegah kanser!
2.
Baik untuk mata
Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam
retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk
penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam. Oleh itu,
lobak merah adalah makanan yang terbaik untuk mata kerana ia kaya dengan
beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati.
Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan
perkembangan katarak. . Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah
penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh
dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan
kegelapan.
3.
Mencegah penyakit jantung
Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan
tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh
membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
4.
Mengurangkan risiko stroke
Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang
makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk
mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji
lobak merah sahaja dalam seminggu.
5.
Menjaga kulit
Lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan
dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang
disebabkan oleh toksin daripada darah.Selain itu, ia juga berguna untuk merawat
tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain
yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan
kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.
6.
Anti penuaan
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak
merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan
negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang
berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.
7.
Mengekalkan gigi cantik
Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah
untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai
penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat
pada gigi dan gusi. Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga
dapat membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan
gigi.
8.
Bagus untuk perokok tegar
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin
dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau
penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air
lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.Atau bagi remaja yang
malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu
menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.
9.
Untuk pelangsingan badan
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan
nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang
pengumpulan lemak dalam tubuh badan.Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda
yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung
vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini
akan membuat anda kenyang lebih lama.
Jadi berbaloi tak makan lobak merah??
Kalau korang ada masalah rabun tapi tak minat makan lobak merah
setiap hari korang boleh cuba supplement ‘CAROTOMAX’ dari Shaklee yang sangat bagus
untuk :
* Rabun
* Katarak
* Glaucoma
* Eye bag
* Antiokda @ anti kanser
* Cantikkan Kulit @ atasi masalah jerawat
* Mata Lesu akibat kerap menggunakan computer
Kebetulan pulak bulan ni memang ada promo ‘CAROTOMAX’
Pn.Faezah
013.311.7607
Shaklee Independent Distributor
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect