Anda pernah mengalami rambut gugur selepas bersalin???
Jangan panik....
Ia adalah normal bagi wanita selepas bersalin...
Keguguran rambut selepas bersalin mengambil masa selama 6-12 bulan untuk kembali pada keadaan normal.
Punca rambut gugur selepas bersalin
1. Pertambahan hormon estrogen ketika hamil
Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat. Maka, hanya sedikit sahaja rambut gugur setiap hari Oleh itu, semasa hamil rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.
2. Penurunan hormon estrogen selepas bersalin
Selepas bersalin tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Maka, rambut anda akan lebih banyak keguguran. Jadi, adalah normal bagi wanita yang baru 3-4 bulan bersalin mengalami rambut gugur yang terlalu banyak disebabkan perubahan hormon ini. Saya sendiri turut mengalami keguguran rambut selepas bersalin anak pertama. Memang agak terkejut lah sebab masa hamil rambut tak pernah gugur langsung.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan keguguran rambut ini...bayangkan lah saya sendiri tak sanggup tengok persekitaran rumah dipenuhi dengan rambut sendiri....kalau korang pulak macam mana..korang sanggup ke?
5 cara untuk kurangkan masalah keguguran rambut anda
Memotong rambut agar menjadi lebih pendek
Gunakan Shampoo yang diperkaya dengan Vitamin B atau krim rambut yang berasaskan minyak kelapa atau santan.
Gunakan sikat yang lebih lembut
Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana rambut basah strukturnya lebih rapuh dan mudah gugur.
Ambil makanan yang berkhasiat yang kaya dengan Vitamin B, protein dan zat besi. Sebaik-baiknya dengan mengambil multivitamin lengkap untuk wanita selepas bersalin
Mengamalkan suplemen seperti Vitalea, ESP dan Set Prosante
Vitalea - set multivitamin yang cukup lengkap terutamanya zink dan sangat berkhasiat buat ibu yang baru melahirkan anak. Kekurangan zink menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan mudah rapuh.
ESP (Energized Soy Protein) - mengandungi sumber protein terbaik yang dapat membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur & uban)
Set Prosante - menangani punca masalah rambut gugur dengan rumusan SERUM yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Sama juga wanita di dalam video ini, bertudung bukan alasan untuk tidak menjaga kesihatan rambut. Malah, sebenarnya juga tertekan sekiranya buka sahaja tudung akan kelihatan rambut bersepah keguguran di persekitaran rumah terutamanya ketika berada di dalam rumah.
Tambah memalukan lagi diri sendiri apabila rambut isteri semakin menipis berbanding rambut suami. Walau suami tidak berkata apa-apa, namun jauh di sudut hati seorang isteri memang ingin mengelak daripada berterusan rambut menipis.
Jadi jangan berlengah lagi...
Dapatkan set rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut anda sekarang..
Berpantang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan ibu
secara keseluruhannya. Rawatan perubatan pula lebih menitikberatkan kepada
sebelum bersalin dan kehamilan dan kurang menitikberatkan rawatan selepas
bersalin. Justeru, para ibu perlu tahu untuk berpantang bagi membaik pulih
kesihatan emosi, dalaman dan luaran tubuh.
Setiap wanita mengalami perubahan yang ketara dalam diri
selepas bersalin. Paras hormon dan rupa bentuk fizikal sedang dalam fasa untuk
kembali kepada asal selepas 40 minggu kehamilan. Menurut Jurnal Perubatan dan kejururawatan
2009, kes kemurungan selepas bersalin di Malaysia yang sangat rendah iaitu
sekitar 3% berbanding dengan Pakistan yang mencatat peratusan tertinggi di
dunia iaitu 64%. Angka ini jelas menunjukkan tata cara dan amalan berpantang
masyarakat Melayu dan sokongan daripada keluarga memeberikan impak positif bukan
sahaja kepada fizikal ibu tetapi juga dari segi emosi dan spiritual.
8 ASAS TATA CARA BERPANTANG
Berpantang amat penting untuk memulihkan keadaan diri
daripada fasa kehamilan, kelahiran dan kembali kapada asal sebelum mengandung
daripada segi metal dan fizikal. Lapan informasi asas mengenai berpantang yang
boleh dijadikan panduan.
Terhad kepada menu tertentu. Jumlah air tidak
dihadkan. Kedua-dua faktor ini penting agar penghasilan susu tidak terganggu
serta menggalakkan penghasilan sel-sel baru agar bahagian badan yang tercedera
dapat disembuhkan dengan segera.
Bertungku menggunakan tungku herba/ batu sungai
yang dipanaskan dan dituam kepada bahagian tertentu seperi bahagian peranakan
untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor, bahagian tubuh seperti
dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat untuk menggalakkan aliran darah dan
susu ibu serta memecahkan angin. Tungku di bahagian paha, betis, punggung,
pinggang dan pergelangan kaki pula bertujuan untuk melegakan kesakitan otot dan
meningkatkan aliran darah. Bertungku secara spiritualnya akan menenangkan dan
memberikan kerehatan kepada minda ibu.
Berurut selepas bersalin akan membantu
meningkatkan peredaran darah, mengeluarkan darah kotor serta angina yang
terperangkap dalam badan. Ia secara tidak langsung akan memberikan kelegaan
kepada tubuh yang telah melalui saat bersalin yang penuh ketegangan. Ia juga
bertindak sebagai penenang dan menjadikan ibu relaks. Urutan sengkak yang
dilakukan pada hari ke-40 bertujuan untuk menaikkan kembali rahim pada
kedudukan asal.
Pemakaian bengkung juga menjadi agenda penting
kerana ia berperanan menguatkan semula
otot pada bahagian abdomen dan perut selain menyokong bahagian belakang badan
pada kemudian hari.
Pilis akan dipakai pada dahi untuk melegakan
sakit di bahagian kepala terutama sekali ubun-ubun dan rasa pening.
Tapel pula ditampal pada perut sebelum memakai
bengkung. Ia bertujuan untuk mengecutkan otot perut yang kendur, mengurangkan
rasa sakit pada perut, membantu mengeluarkan angin dan darah kotor,
mengempiskan perut dan memperbaiki kulit perut.
Mandi air herba memberikan kesegaran pada tubuh,
membantu membuang angin dan bau badan.
Basuhan air herba pada bahagian intim membantu
meredakan kesakitan akibat pembengkakan dan luka sepanjang proses kelahiran
berlangsung.
Kesimpulannya, berpantang dengan betul penting supaya tubuh
dapat dipulihkan. Jika amalan berpantang tidak diikuti, kesannya tidak akan
terus dirasai sekarang tetapi akan mula menunjukkan kesan apabila usia kian
meningkat. Berpantang menggalakkan pembaikan dalaman tubuh dengan tata caranya.
Jangan lupa memberikan khasiat kepada tubuh dengan makanan yang cukup nutrien
dalam tempoh berpantang. Pilih set bersalin yang tepat dan menggunakan ramuan
100% semulajadi agar sistem tubuh boleh membuang toksin dan mengembalikan
kesegaran kepada tubuh.
SET BERSALIN SHAKLEE NO.1 100% SEMULAJADI UNTUK IBU
BERPANTANG
Keberkesanan SET BERSALIN/SET PANTANG SHAKLEEmemang diakui sangat baik dan berkesan di dalam
perawatan dan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, bagi tujuan penyusuan
susu ibu secara eksklusif, serta penurunan berat badan secara semulajadi dan selamat serta tidak memberi kesan terhadap penyusuan.
Malah, terdapat Doktor dan Pakar Perubatan yang turut
menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang
proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secrara normal ataupun
secara pembedahan.
Petikan dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat “ Ramai wanita yang salah anggap multivitamin
seperti Obimin atau jenama lain yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz
bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk
bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina
tulang, folic acid untuk keperluan semua sel-sel-sel baru untuk janin dan fish
oil sebagai Omega # dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.
Setelah
bersalin teruskan makan supplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan
kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil
tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita”.
Set bersalin Shaklee boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
mengikut keperluan dan bajet masing-masing :
Set Asas (Rawatan Dalaman)
Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan)
Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Pelangsing
Badan)
SET ASAS
Set asas Shaklee ini penting bagi
rawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu
selepas bersalin. Set asas ini terdiri daripada 3 vitamin Shaklee yang
amat diakui dan mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di Malaysia.
SET EXTRA
Merupakan set asas dan ditambah dengan set
penyusuan bagi membantu dan menyokong keperluan nutrisi ibu yang menyusu, di
samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas
bersalin. Set ini mengandungi 5 jenis vitamin yang amat diakui dan
mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di Malaysia.
SET PREMIUM
Merupakan set extra yang ditambah
dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara
sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan ibu, di samping memenuhi
keperluan perwatan dalaman yang optimum. Set ini mengandungi 7 jenis vitamin
yang amat diakui dan mendapat kepercayaan dari semua ibu-ibu berpantang di
Malaysia.
KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE
1. Amat sesuai untuk ibu yang berpantang secara normal atau Caesarean. Ia akan mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran, mengembalikan kecergasan tubuh, serta melancarkan roses penyusuan.
2. Sebagai replacement kepada jamu. Jamu bersifat panas, kebanyakkan ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan mengambil jamu.
3. Boleh diambil terus walaupun bayi mengalami jaundis kerana set berpantang Shaklee ini ialah vitamin.
4. Membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Susu ibu akan lebih banyak dan berkhasiat.
5. Boleh dimakan terus serta-merta selepas bersalin.
6. Badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur atau letih selepas bersalin.
Video di bawah pula menceritakan pengalaman ngeri Pn. Khadeejah Hasmad semasa berpantang anak pertama sehingga beliau serik untuk mengandung lagi. Bukan pengalaman semasa mengandung yang menyebabkan beliau trauma tetapi pengalaman semasa berpantang.
Berbeza dengan pengalaman kedua, antara manfaat lain yang amat beliau gemari ialah Set Berpantang Shaklee ini membantu mempercepatkan darah nifas untuk kering, dapat tenaga instant, angin dalam badan keluar dengan mudah serta pembuangan najis yang lebih lawas.
Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku kepada wanita hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil sering mengadu mengalami masalah sembelit terutamanya yang berada di akhir kehamilan. Begitu juga dengan saya sendiri yang turut mengalami masalah sembelit di trimester akhir kehamilan.
Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.
Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit??
Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka.
Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hri dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya.
Orang yang benar-benar sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najisnya kerana terlalu keras. mereka menggambarkan najis mereka keras seperti batu, sehingga menyebabkan kessakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku mungkin menyebabkan pendarahan atau buasir.
Agaknya apa yang menyebabkan sembelit ketika hamil?
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sembelit. Faktor-faktor ini bergantung kepada individu masing-masing. Antaranya rasa kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan kurang serat (fiber).
Selain itu, dalam tubuh wanita hamil juga mengandungi hormon 'progesterone' yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yang makin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga yang halang pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.
Wanita hamil yang mengalami dehidrasi selalunya lebih mudah mengalami sembelit. Oleh itu, mereka harus minum air secukupnya.
Pil suplemen zat besi (iron) juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh itu ia harus dimakan dengan berhati-hati dan jika sembelit berlangsung pada waktu yang lama, berbincanglah dengan doktor atau jururawat agar pil suplemen itu boleh diganti dengan ubat yang lebih baik.
Tips mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil :
Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuman jus prune dan yogurt membantu melancarkan sistem pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minum air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senama (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.
Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatan, berbincanglah dengan doktor dan jururawat.
Ubat-ubatan bagi melembutkan najis adalah cara terakhir untuk merawat sembelit.
Penggunaan enema tidak digalakkan bagi wanita hamil terutama apabila mendekati waktu melahirkan.
Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti sakit perut yang keterlaluan, sembelit yang diselang-seli dengan cirit-birit atau sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah, maka haruslah bertjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah buasir, sembelit akan menyebabkan buasir mereka bertambah teruk. Apabila mereka meneran, saluran vena sekeliling lubang dubur akan membengkak dan menyebabkan pendarahan.
Buasir atau (hemorrhoids) boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ia jarang berlaku tetapi harus dirawat segera kerana buasir akan menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkn anak. Buasir biasanya akan hilang selepas meklahirkan anak. Namun ia boleh berulang jika tidak dijaga.
16 KEBAIKAN OSTEMATRIX UNTUK IBU HAMIL / MENYUSU
– Bayi anda mudah lawas /Tidak Sembelit
– Anda juga mudah lawas /Tidak Sembelit
– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
– Tiada masalah sakit tulang belakang
– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen)
– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
– Tiada lagi masalah kaki kejang
– Bantu perbanyakkan susu ibu
– Seimbangkan paras kalsium semasa haid
– Mencegah osteoporosis
– Mengurangkan PMS
– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
Actually yang tentang supplemen boleh mengganggu buah pinggang tu, kita kena jawab dgn ujikaji peleburan vitalea/ostematrix yg cepat dalam segelas air.
Memang betul, pengambilan supplemen yang banyak boleh mengganggu buah pinggang. Sebab tu kena pilih Shaklee; bukan brand lain. Kenapa?
1. Vitamin lain ada yang mengandungi bahan sintetik. Bahan sintetik ni akan 'tertinggal' sebab tak mampu diuraikan oleh badan & usus.
2. Vitamin brand lain kebanyakannya tak terurai sepenuhnya dalam badan dalam tempoh masa yang sepatutnya.
Setiap vitamin sepatutnya terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. Ini tempoh masa 'perjalanan' yg diperlukan utk satu2 makanan yg diambil dr mulut untuk sampai ke usus & seterusnya ke buah pinggang. Apabila satu2 vitamin itu tak boleh terurai sepenuhnya dalam tempoh masa ni, itulah jadinya yg 'membebankan usus & buah pinggang'.
So, macam mana nak buktikan vitamin2 Shaklee ni terurai sepenuhnya dalam masa yg sepatutnya? Ada 2 jenis ujikaji boleh dibuat.
1. Ujian ke atas Vitalea.
Kenapa Vitalea? Sebab kebanyakan jenama multivitamin di dunia mengandungi pelbagai mineral. Sesetengah mineral tak boleh terurai dgn mudah berbanding yg lain. Dan kebanyakan jenama lain mengandungi bahan sintetik yg takkan terurai. Contohnya pewarna. So, macam mana nak buktikan? Ambil sebiji vitalea, masukkan ke dalam segelas air. Hasilnya nanti, vitalea akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-3 minit (tak perlu godek/kacau pun). Warna air pun takkan berubah. Di mana, kalau multivitamin yg ada pewarna, air tu sah2 akan berubah warna. Contoh multivitamin yg ada pewarna & bahan sintetik yg palin meluas penggunaannya:OBIMIN.
2. Kajian ke atas Ostematrix.
Kenapa?
Kajian Dr. Ralph F Shangrawa menyatakan bahawa kalsium adalah bahan mineral yg paling keras di dunia. 80% drpd jenama supplemen kalsium di dunia GAGAL utk menghasilkan supplemen kalsium yg boleh terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. But NOT OSTEMATRIX. So, ambil 1bj Ostematrix, letak dalam segelas air. Tanpa digodek/dikacau, Oste akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-4 minit!
70% badan manusia adalah air. So, ujikaji ni menunjukkan/membuktikan bahawa vitamin Shaklee akan terurai sepenuhnya dalam badan kita TANPA membebankan usus & buah pinggang. 😊
Jom kita tengok contoh video di bawah yang menunjukkan bagaimana Vitalea Shaklee terurai sepenuhnya di dalam air tanpa ada kesan yang tertinggal.
Menghilangkan Parut Jerawat Yang Berlubang dan Jeragat
Suami lazimnya apabila ditanya tentang muka isteri, jawapan tipikal yang diterima okay je. Tetapi apabila suami sudah mula concern dengan kulit wajah isteri sehingga menasihatkan untuk memakai produk kecantikan, ia petanda tindakan perlu diambil cepat untuk mengelakkan keadaan kulit bertambah teruk.
Ini yang berlaku pada Pn Nor Zaritaa bt Mat Saleh.
Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.
..
Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.
..
Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya...
..
Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.
..
Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.
..
Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaÄ·alanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah.
HFMD (Hand Foot Mouth Disease) ialah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki. Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
Demam yang ringan
Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
Sakit tekak
bintik merah di tapak tangan dan kaki
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
Jangan berkongsi barang-barang peribadi
Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
Letih/lesu
Kulit dan lidah yang kering
Resah gelisah (irritable)
Sawan
hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
TestimoniHFMD
sembuh hanya 4 hari
denganNUTRIFERON
Ibu mana yang tidak sedih dan runsing apabila anak kesayangan yang masih kecil disahkan oleh doktor telah dijangkiti wabak HFMD. Disebabkan penyakit ini berjangkit maka si anak terpaksa dikuarantin dan tidak boleh ke taska buat sementara waktu dalam tempoh 2 minggu.
Tetapi berbeza dengan Pn. Rosnani atau lebih dikenali dengan nama Pn. Nani. Beliau telah cepat-cepat mengambil keputusan untuk mencuba NUTRIFERON memandangkan anak beliau masih tidak pulih walaupun setelah beberapa hari mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.
Beliau sangat runsing kerana anaknya si comel Haziqq yang berusia 2 tahun 5 bulan tidak mampu untuk menelan sebarang makanan kerana terdapat ulser yang begitu banyak di dalam mulutnya.
Namun perasaan runsing Pn. Nani bertukar gembira apabila selepas hanya 4 hari consume Nutriferon,
kesan gatal-gatal di tangan dan ulser di dalam mulutnya semakin surut beransur pulih. Puan Nani sangat gembira kerana Haziqq sudah boleh dihantar ke taska dan tidak perlu dikuarantin dalam tempoh yang lama.
Bagaimana Nutriferon bertindak?
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan
dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2
yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk
diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila
digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan
pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
Ekstrak
biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong
pengeluaran interferon;
Biji
Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil
polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
Bunga
Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti
dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
Kuntuman
bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam
perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA
DAN ANDA?
Terbukti
daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang
berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel.
Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun
yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam
NutriFeron.
Meningkatkan
paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah
mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi
imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di
U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan
penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Dicipta
Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr.
Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada
tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
Rumusan
Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana
kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten
NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi
satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan,
ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
40
tahun kajian-Setelah
menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian
semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik
daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon
secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron
telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi
(NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi
ini.
Sejak
NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah
mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah
disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal
Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of
Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah
yang berkaitan dengan NutriFeron
Siapakah yang perlu ambil
Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya
demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar
negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin
antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
untuk sebarang pertanyaan hubungi saya di talian berikut: